Rupanya sudah ramai rakyat Malaysia dan Asia yang memiliki Blog sendiri. Mereka terdiri dari golongan muda yang ada kemahiran asas dalam dunia IT. Namun Blog mereka lebih bersifat peribadi dan suka-suka sahaja. Sebenarnya, keadaan ini merupakan suatu perkembangan yang baik, cuma mereka ni, belum ada semangat keusahawanan. Mereka tidak sedar, bahawa hobi BERBELOG boleh menjana pendapatan. BAGAIMANA?. Memang ramai orang belum nampak dan belum faham bagaimana untuk menjana pendapatan melalui Blog. Oleh itu, mereka tidak pernah terfikir bagaimana nak jadikan hobi BERBELOG ini sebagai suatu hobi yang boleh diarahkan sebagai satu KERJAYA. Percaya atau tidak, dalam beberapa hari sahaja Blog saya ini dilancarkan, saya dah mulai dapat duit.
Saya belumlah terfikir untuk nak jadikan hobi BERBELOG sebagai satu KERJAYA. Buat masa ini saya masih sibuk dengan program ceramah dan mengendalikan kursus-kursus. Tetapi segalanya tidak mustahilkan?. Tidak salah, kalau disuatu hari nanti saya mengalihkan kerjaya saya sekarang ke dunia BLOG sepenuhnya. Sekurang-kurangnya kehadiran saya dalam dunia cyber ini dapat membantu para usahawan internet yang sentiasa dahaga dan memerlukan sokongan motivasi, semangat dan kekuatan dalaman. Pada masa yang sama, kerja-kerja saya sekarang masih boleh diteruskan, cuma dalam bentuk baru; melalui internet.
Walaubagaimanapun, ini bukan perkara pokok yang saya nak bincangkan hari ini. Tajuk hari ini ialah, sudah RAMAI rupanya orang kita sudah mempunyai Blog sendiri, cuma tidak jadikan hobi BERBELOG sebagai satu HOBI untuk menjana pendapatan. Ini adalah satu keadaan yang MERUGIKAN. Padahal, internet merupakan gedung duit yang sangat LUAS. Wang dari seluruh ALAM boleh BERTERBANGAN masuk kedalam akaun bank anda. Baru-baru ni, saya ada terbaca satu Blog yang dikendalikan oleh pelajar MMU Melaka, yang merancang untuk mengumpul pendapatan RM1 juta melalui Blognya dalam masa setahun yang akan datang. Mungkin mereka tu ada kemahiran IT. Tapi, saya fikir.. kemahiran IT sahaja tak cukup. Mesti ada semangat keusahawanan juga. Kerana orang yang minat dengan DUIT sahaja akan BERUSAHA mendapatkan duit walau dari sumber manapun.
Saya belumlah seorang pakar dalam bidang ni, cuma saya nampak satu potensi yang sangat hebat menunggu sesiapa sahaja yang ingin mencuba!. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada rakan-rakan baru saya di internet yang sama-sama berguru dengan SmartZul. Walaupun anda semua masih muda, tetapi anda berani dan sabar mengharunginya. Saya harap, saya belum terlewat untuk bersama kalian. Moga-moga kehadiran saya juga dapat menyemarakkan lagi bisnes internet di kalangan orang kita. Harap-harap mereka tidak lagi terpengaruh dengan program skim cepat kaya, pelaburan HARAM dan sebagainya. Bukan salah mereka juga. Mereka belum mahir dengan dunia internet. Mereka menyangka bisnet internet hanya PROGRAM PELABURAN CEPAT KAYA.
Kepada Sdr SmartZul, anda melakukan satu tugas yang sangat murni mendidik anak bangsa memahami apa itu DUNIA INTERNET yang sebenar. Saya kagum dengan anda walaupun kita belum pernah bersua muka. Kesugguhan dan keikhlasan anda memberikan semangat tambahan kepada saya untuk MEMBINA anak bangsa melalui bidang yang mencabar ini. Wallah hu Alam.
Nanti, lain kali kita bincang lagi…
Betul seperti apa yang dikatakan oleh En. Zakaria tu… ramai yang mempunyai blog, tetapi sekadar suka-suka sahaja.
hi salam…
yerla… saya pun jadikan hobi saya ni untuk buat duit… so far income terkumpul saya sejak bulan 10 tahun lepas sudah mencecah lebih kurang rm2000… so sapa nak bagi kan…. pada yang lain start2 sekarang nak tunggu sampai bila kan…
btol k…….
klu cm 2 bley gak try….
tp sy kurang ttg internet nie……
ada sape2 ley tlg
hai…salam…
saya baru mebuat blog ttp tak tau apa yg nk dibuat dlm blog sya tu.saya harap dapt En.zakaria membantu saya.
hebat2…ajar la…nk wat juga
slm sjahtera, saya byk soalan nk tya. berkenaan IT sy mmg xtahu. apa itu blog, bgmna nk buat blog utk jana pdptn. dh byk buss scr online sy ikut, 1 buss pn xmjdi. sb sy xphm mgenai arahan y dimaksud kn.. nk kata rugi, mmg byk la sy rugi utk mdaftar scr online.sy harap tuan dpt bantu sy.
yela sy tgok ramai yg mnjana pndapatan mllui blok ni..ada hasilnyer..camner nak wat blok yer…