Alhamdulillah, segala puji untuk Allah jua. Di dalam lingkungan usia yang semakin matang, banyak ilmu dan kefahaman baru yang saya belajar dari kehidupan dan alam sekeliling. Antaranya ialah peranan herba dalam mengubah dan membangunkan semula umat manusia.
Setelah sekian lama terlibat dalam pelbagai bentuk latihan dan pembentukan sikap manusia, saya kini cukup yakin bahawa, kebanyakan orang yang saya latih sebelum ini, merasa berat sekali untuk berubah lantaran diri mereka (jiwa, emosi dan fizikal) kurang sihat. Mereka memerlukan lebih dari kata-kata dan terapi energi. Tetapi kesihatan mereka perlu ‘diubati’. Disinilah peranan herba. Kepada sesiapa yang mahu berjaya dan berubah dalam kehidupan mereka, dekatilah alam herba.
Pada dasarnya herba adalah makanan. Tetapi makanan yang merawat dan menyihatkan. Orang yang mahukan kejayaan, perlu mengubah cara makan harian mereka. Jangan makan racun walaupun sedap dan menyelirakan. Orang tua-tua kita sentiasa sihat kerana mereka mengamalkan makan herba. Para pejuang dan pendekar Melayu zaman dahulu hebat dan menjadikan herba sebagai makanan mereka.
Tubuh badan, otak, hati serta jiwa kita mesti sihat. Sihat dan kesihatan adalah asas utama untuk berubah dan berjaya. Malah kesihatan itu sendiri adalah sebahagian dari kejayaan hidup. Dari situ, memunkinkan anda bekerja dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi selari dengan hasrat dan cita-cita hidup anda. Sekian dulu untuk kali ini.