RAYAT MALAYSIA TIDAK SIHAT?

Assalamualaikum & Selamat Pagi Kepada Seluruh Rakyat Malaysia..

Dalam perbualan saya dengan seorang sahabat lama, katanya “Rakyat Malaysia tidak sihat. Semakain maju negara ini berkembang selari dengan arus perdana dunia, rakyat kita menjadi semakin tidak sihat”.

Saya terdiam sebentar. Mahu diiakan, bunyinya semacam tidak masuk akal. Kalau dilihat jumlah hospital yang banyak, lagi gah dan besar, kemungkinan nya betul. Kalau dilihat sekeliling ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan, kita mungkin terus mengatakan betul dan benar. Baiklah, kita biarkan perkara ini dibincang oleh pakar-pakar yang arif lagi bijaksana. Namun, sebelum kita mendapat jawapannya yang sohih dan pasti, hati kita turut bertanya-tanya kenapa sekarang ini ramai sekali orang yang sakit. Betul kan?.

Lantaran itu, kita perlu menjaga kesihatan diri kita dan ahli keluarga kita. selain ia amat memeritkan, ia juga akan merencatkan perjalanan hidup kita disamping akan merubah jadual kehidupan mereka yang tersayang disamping kita. Saya tetap yakin dan percaya, bahawa, kebanyakan penyakit moden hari mampu kita hindari apabila kita mengamalkan gaya hidup yang lebih teratur dan selari dengan fitrah alam.

Semoga anda dan saya terus sihat. Kepada yang sedang menderitai apa-apa sakit, perlulah berikhtiar agar segera sembuh.. Insya Allah. Jumpa lagi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

comments-bottom

Featured Photos

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
BERWAJAH BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses

Random Photos

BERNIAGA JUGA SATU J... Posted by author icon Zakaria Mohamad Apr 10th, 2007 | 5 responses
Searching For Higher... Posted by author icon Zakaria Mohamad Jul 30th, 2007 | no responses
MERUBAH KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Apr 11th, 2007 | 5 responses

Top Rated

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad
WARTAWAN KERJA MULIA Posted by author icon Zakaria Mohamad