DAULAT TUANKU
Zakaria Mohamad April 29th, 2007
.. ..
Zakaria Mohamad April 29th, 2007
Zakaria Mohamad April 29th, 2007
Blogging merupakan satu fanomena yang sedang melanda kehidupan kita sekarang. Jom kita blogging. Kita tubuhkan geng Blogging di kalangan kita. Kita mulakan kehidupan baru. Kita kongsikan kehidupan dan kejayaan kita yang menarik kepada dunia. Untuk menjadikan Blog anda lebih menarik, saya saranan ada selitkan dengan beberapa video dan gambar-gambar anda agar ia kelihatan kreatif dan menarik. Contohnya, rakan-rakan kita yang pergi melancong ke Thailand merakamkan video ini. Apa yang saya lakukan ialah upload kan video ini ke Youtube dan download kan semula ke Blog saya ini. Menarik bukan?. Kita lihat video ini. ke Thailand. Baca setusnya Continue Reading »
Zakaria Mohamad April 29th, 2007
Sejak beberpa hari lalu, saya dok belajar cara merakam, editing dan upload video saya kepada Youtube. Hasilnya belum memuaskan, tapi saya akan terus mencuba!. Saya yakin, untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya dan mampu menarik ramai orang ke Blog kita, kita mesti menyediakan Blog yang kreatif dan menarik. Sebab itu, saya belajar dan terus belajar. Kepada anda yang ada pengalaman, bolehlah ajarkan kepada saya ya?. Disini elok rasanya kalau saya kongsi dengan anda yang berminat untuk membuat video anda sendiri. Saya dapat toturial ini dari Youtube. video ini:.
Continue Reading »
Zakaria Mohamad April 26th, 2007
Muzik adalah alat terapi jiwa yang baik. Muzik adalah satu bahasa jiwa yang tidak mengenal batas sempadan geografi, bahasa dan budaya. Muzik mampu meredakan hati yang resah. Muzik mampu menaikkan semangat yang lemah. Terpulanglah kepada kita memilih muzik yang macam mana. Nabi Sulaiman, sebagai manusia yang paling kaya dalam sejarah umat manusia, adalah seorang penggemar muzik. Baginda dikatakan menggesa umatnya menggunakan muzik sebagai sumber terapi jiwa. Bila dalam keletihan, dan memandu seorang diri, saya sering menggunakan muzik yang kuat sebagai pembakar semangat, menghilangkan mengantuk dan penenang jiwa.
Zakaria Mohamad April 25th, 2007
Rupanya sudah ramai rakyat Malaysia dan Asia yang memiliki Blog sendiri. Mereka terdiri dari golongan muda yang ada kemahiran asas dalam dunia IT. Namun Blog mereka lebih bersifat peribadi dan suka-suka sahaja. Sebenarnya, keadaan ini merupakan suatu perkembangan yang baik, cuma mereka ni, belum ada semangat keusahawanan. Mereka tidak sedar, bahawa hobi BERBELOG boleh menjana pendapatan. BAGAIMANA?. Memang ramai orang belum nampak dan belum faham bagaimana untuk menjana pendapatan melalui Blog. Oleh itu, mereka tidak pernah terfikir bagaimana nak jadikan hobi BERBELOG ini sebagai suatu hobi yang boleh diarahkan sebagai satu KERJAYA. Percaya atau tidak, dalam beberapa hari sahaja Blog saya ini dilancarkan, saya dah mulai dapat duit. Continue Reading »
Zakaria Mohamad April 23rd, 2007
Saya sarankan anda dan rakan-rakan kita yang lain di luar tu..agar segera memiliki Blog sendiri. Banyak perkara yang anda boleh belajar dari Blog sendiri. Anda boleh belajar untuk berniaga di internet. Walaupun banyak program diinternet yang menawarkan program bina Blog percuma, namun, saya cadangkan anda keluarkan sedikit belanja dan saya akan rekomen yang sesuai dan terbaik bagi anda mengikut pengalaman saya yang sedikit ni.. Ramai orang ragu-ragu bila saya cadangkan agar ‘Miliki Blog Sendiri’. Bagaimana caranya, kerana saya tak mahir komputer, dan yang paling penting, untuk apa Blog tu??. Sesungguhnya, saya Zakaria Mohamad sedia membantu dan membimbing anda sehingga anda berjaya memiliki sebuah Blog sendiri yang menarik dan mahir menguruskannya. Lepas tu.. bila dah minat nak jadi ushawan internet dah berkobar-kobar, bolehlah pergi join Seminar Usahawan Internet oleh Jutawan Internet muda Irfan Khairi!. Bagi anda, tawaran yang saya buat ni, sah laku sehingga saya belum benar-benar sibuk dengan dunia internet. Kalau saya dah benar-benar sibuk dan glamour di dunia internet, saya pun ketika itu, mungkin dah tak larat nak tolong orang lagi!. Baca seterusnya Continue Reading »
Zakaria Mohamad April 20th, 2007
Kepada orang yang pertama kali mendengar perkataan santabi, ia mungkin agak asing. Namun, itulah hakikatnya, tidak kenal maka tak cinta. Dalam bahasa yang mudah Santabi ialah meditasi secara Islam. Alhamdulillah, kini masyarakat Asia dari kalangan Bangsa Melayu semakin dapat terima akan maksud, dan kepentingan meditasi dalam kehidupan harian mereka. Ramai orang sudah boleh terima akan pengertian dan maksud Kuasa Minda. Namun, tidak kurang juga yang masih belum dapat terima keperluan bermeditasi kerana ia seolah-olah masih bersumberkan budaya Hindu, Buddha atau Kristian. Saya sudah lama mengkaji dan terlibat dalam bidang ‘meditasi’. Kemudian saya lanjutkan pula pencarian saya dari sudut dan pandangan Islam. Saya ambil masa yang lama untuk memantapkan pula dengan kehidupan dan Budaya Melayu. Dari pencarian yang panjang itulah lahirnya SANTABI. Saya telah merangka modul-modul khusus, membuat uji kaji dan mengadaptasikan di dalam kehidupan. Hasilnya sangat mengkagumkan. Modul latihan kami lebih menekankan kepada aspek praktikal, kerana pelajaran teori semata-mata tidak mampu membawa seseorang kemana-mana. Untuk mendapat keterangan lanjut mengenai Santabi, saya hubungkan anda kesini. Continue Reading »
Zakaria Mohamad April 20th, 2007