Bila bercakap soal bangun malam, sudah pasti ramai yang menjawabnya agak sukar untuk dilakukan, yelah bila tidur agak susah nak bangun apatah lagi jam 3.00 pg-5.00 pg waktu tidur terlena…diulit mimpi. Tapi percayalah…bangun malam itu amat besar manfaatnya pada diri dan keluarga. Apatah lagi waktu tu amat mudah dimakbulkan doa dan bangun ketika itu, kita merasakan betapa kendilnya kita, dgn suasana yang sunyi bagaikan tiada siapa pun di dunia ini. Pada masa tu kita boleh melakukan apa saja yang baik untuk diri kita…yang pasti kita kena bangun malam, bantulah diri sendiri, motivasilah diri sendiri..kerana kejayaan bergantung pada usaha diri sendiri, bukan orang lain.” Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubahnya” so ubah lah diri anda agar ianya mencapai impian anda…So motivasilah diri sendiri.
Menyumbang kepada anak yatim, merupakan satu formula atau suatu rahsia untuk berjaya. Sesiapa yang nak berjaya, nak berubah dalam kehidupannya, jangan lupa dan jangan abaikan keperluan anak-anak yatim. Kita memberi, mereka merasa. Saya pernah ingat di suatu hari di mana datang seorang tua kepada saya bertanyakan kepada saya, mahu berjaya atau tidak.. Kalau mahu berjaya dalam hidup, katanya, jangan lupa pada keperluan anak-anak yatim. Di sini, saya juga ingin berkongsi petua dengan anda bahawa jangan abaikan anak-anak yatim, semoga hidup kita lebih ceria, lebih aman, dan lebih bahagia. Sejak bertemu dengan orang tua tu tempoh hari, dan atau cadangannya, saya telah menubuhkan tabungan untuk anak yatim. Continue Reading »
Orang yang nak berjaya kena berani bercakap depan orang ramai. Orang yang berjaya ialah orang yang mempunyai kemampuan ‘menjual’ ideanya kepada orang lain. Bagaimana anda nak berjaya sekiranya anda masih malu-malu, segan dan takut untuk mengeluarkan pendapat kepada orang lain terutama di tempat yang terbuka?. Belajarlah untuk mengeluarkan pendapat dengan berkesan. Belajarlah untuk buat ‘Public Speaking’ depan khalayak. Semua ini boleh dipelajari dan dilatih. Tidak dinafikan ada insan diberikan keupayaan untuk bersyarah atau ‘public speaking’ dengan lancar walaupun ia tidak pernah belajar. Ini dinamakan anugerah Tuhan kepadanya. Kepada orang biasa, kita kena belajar dan terus belajar. Kita lihat video ini, seorang kanak-kanak luar biasa dari Afrika yang begitu lancar buat ‘Public Speaking’ http://www.youtube.com/watch?v=U-ipJ6gDsy0
Segalanya bermula dari dalam. Untuk bangkit dan berubah, seseorang itu perlu bangkit dan berubah dari dalamannya. Ramai orang membuat ikrar untuk berubah dan berjaya, tetapi ikrar mereka entah hilang kemana. Paling mudah, ramai orang janji nak berhenti merokok, tetapi kenapa tak boleh berhenti?. Jawabnya ialah dirinya sendiri yang lemah untuk berhenti. Dia tidak ada kekuatan untuk membuang rokoh dari dirinya. Dia tidak ada kekuatan untuk menolak pelawaan dari rakan sebayanya. Untuk berjaya anda perlu membina kekuatan baru. Satu kekuatan yang sebenarnya sudah ada di dalam diri seseorang. Cuma dia tidak sedar dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Sebab itulah datuk nenek kita sering bersendirian setiap kali lepas solat. Mereka sering bersendirian. Mereka ‘berkhalwat’. Mereka berzikir. Di malam hari mereka ‘bersatu’ dengan Tuhannya.. Di siang hari, mereka jaga apa yang mereka makan(permakanan) seharian. Mereka jaga pertuturan.. Mereka jaga akhlak dan sebagainya..=”http://www.youtube.com/v/-az_Ihpukec“>. Teruskan membaca Continue Reading »
Kejayaan bukan sesuatu yang mustahil. Ianya bermula dari diri anda sendiri. Bukan tak rajin. Bukan tak cekap, tetapi masih banyak kelemahan dalaman diri yang mesti diperbetulkan. Inilah tugas kami sebagai pakar motivasi. Membetulkan sikap dan emosi dalaman anda. Mulai hari ini, anda perlu buang segala pemikiran negatif yang bersarang didalam diri anda. Anda perlu BERSEDIA untuk menerima kejayaan. Pelajarilah pelbagai teknik untuk mengawal minda seharian anda. Anda mungkin menjadi musuh utama kepada anda sendiri. Mulai sekarang, anda perlu jadi seorang yang lebih berani. Berani untuk menghadapi cabaran hidup. Kami menjalan latihan Santabi. Sebelum itu lihat video ini. =”http://www.youtube.com/v/vIvmTH8w764”
Apa itu kejayaan sejati?. Ramai orang kita masih beranggapan, bahawa kejayaan sejati atau kejayaan hakiki hanya apabila bersama Tuhannya. Apa pendapat anda pula?. Apabila anda hanya mencari kejayaan sejati hanya dengan mendekti Tuhan anda, maka secara langsung anda akan merasakan kejayaan duniawi sebagai kurang penting!. Ini yang bahaya. Mulai hari ini, anda perlu fikirkan semula apa erti “Kejayaan Sejati”. Bagi saya .. Continue Reading »
Saya berseru kepada anak-anak saya di rumah dan anak-anak bangsa saya seluruhnya. Bangkitlah!. Jadilah insan yang hebat luar biasa. Hanya manusia yang memiliki jiwa yang kental dan mantap, tubuh badan yang sihat, berfikiran terbuka dan positif sahaja yang mampu mengendalikan perjalanan kehidupan serta membina kejayaan. Orang yang penakut dan lemah semangat tidak akan berjaya. Oleh itu, binalah suatu impian yang hebat dan luar biasa. Bangkitlah potensi diri dalaman anda. Anda mampu bangkit menjadi insan yang hebat dan luar biasa sekiranya anda tahu untuk membangkitkan potensi diri dalaman anda. Bangkitlah dengan yakin. Sejarah telah membuktikan bahawa, dengan teknik yang betul ramai orang telah berjaya bangkit dari kosong. Mereka berjaya bangkit apabila mereka berjaya membangkitkan potensi diri dalamannya. Kita lihat apa kata penceramah motivasi hebat Tony Robbin.
Aku sudah berubah!. Laungkan sekuat hati anda bahawa .. Mulai hari ini AKU SUDAH BERUBAH. Aku bukan setakat MAHU berubah, tetapi aku SUDAH berubah. Di dalam diri anda sudah ada suatu tenaga dalaman(walaupun tidak nampak) tetapi dapat dirasakan getarannya, melonjak-melonjak mahukan agar diri anda berubah. Apabila TENAGA itu telah dapat digerakkan, Apabila tenaga itu telah dapat dibangkitkan, maka dia akan terus bangkit menggerakkan diri zahir anda agar BERUBAH kearah kemajuan dan kebaikan. Sebenarnya, diri dalaman anda sudah mahu bangkit, tetapi anda sendiri yang mengurung dan membelenggunya selama ini. Beruntunglah orang yang dapat bersama dengan pakar-pakar motivasi hebat seperti Tonny Robbin yang mempunyai TENAGA DALAM yang kuat dan mampu pula mempengaruhi serta membantu orang lain untuk berubah. Continue Reading »
Kenapa Tuhan ma;sih tidak memberikan saya kekayaan (dalam bentuk wang dan harta benda), walaupun saya sudah bekerja kuat ke arah itu?. Dalam erti kata lain, saya sudah berusaha dan bekerja kuat, tetapi masih tidak kaya-kaya. Tahuah anda.. bahawa kalau mahu jadi kaya, kita kena ada ilmu untuk jadi kaya. Kalau mahu wang yang banyak, kita kena ada ilmu tentang wang dan bagaimana untuk dapatkannya. Sayangnya, salama ini kita tidak diajar begitu. Ibu bapa kita pun tidak ajar tentang falsafah wang dengan betul. Sekolah dan universiti kita juga tidak ajar ilmu untuk dapatkan wang. Kita hanya berterusan diajar untuk melakukan kerja. Tetapi, kerja itu sendiri belum tentu membuatkan kita jadi kaya.. Kaya itu ada teori dan formulanya yang tersendiri. Kekayaan bukan erti kerja kuat. Saya harap, ini hanya permulaan, kita akan bincang lagi dan lagi pada masa hadapan. Ada orang semacam tidak ada kerja, tetapi hidup mereka mewah dan gembira. Macam mana?. Kita tengok wayang dulu: “http://www.youtube.com/v/J8HwdufnvVo” Teruskan membaca Continue Reading »