.. ..

Archive for December, 2008

PERUBATAN JAWI

Zakaria Mohamad December 22nd, 2008

Di Malaysia kini, terkenal dengan satu kaedah perubatan yang dikenali sebagai ‘Perubatan JAWI’ iaitu suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah swt yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketetapan (kemujaraban) penawar menjadi pengangan.

Ilahiyah bermaksud bahawa segala panyakit yang berlaku datangnya daripada Allah swt dan Allah swt jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Perawatan akan lebih berkesan apabila seseorang perawat itu sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah swt. Doa adalah intipati Perubatan JAWI. Tawakal merupakan pelengkap, sementara keberkesanan (kemujaraban)dan ilmu menjadi asas tindakan.

Alamiah ialah menggunakan sumber alami yang ada diatas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sumber alamiah menggunakan herba-herba terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah telah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad lamanya, dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

мебели стара загораBidang rawatan yang disediakan oleh Perubatan JAWI ini ialah terdiri daripada:1. Bekam
2. Akupuntur
3. Kiropraktik (Membetulkan tulang belakang)
4. Urut refleksologi
5. Urutan limfatik.

Manakala Perubatan JAWI mengdognos penyakit melalui cara:
1. Menilai saraf tapak tangan
2. Diognos anak mata
3. Diognos lidah dan denyutan nadi.

Apa yang menarik ialah Perawatan JAWI kini menawarkan siri pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan alternatif ini. Pihak Perubatan JAWI juga melalui syarikat Al-Wahida Marketing menyediakan pelbagai jenis ubat-ubatan yang berasaskan herba.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah menghubungi saya. Saya sendiri kini sedang asyik mendalami bidang baru yang sangat menarik ini. Saya sedia membantu.

WHO WE ARE

Zakaria Mohamad December 21st, 2008

The most important contribution we can make to the world is to be who we really are, rather than who we think others expect us to be. Religion does not see us as limited. Wrong understanding about religion, human kinds tend to limit themselves.

When we give ourselves a treatment, we are giving out subconcious a command, a spiritual idea accepted by the conscious mind and carried out by the subconscious mind. I encourage you to develop a friendship with your subscious mind.

Who we are?. Maybe we are too busy to check all this, until we got serius illness and near to our death, then we are looking to our own self. We are energy. We are made of energy as is everything on this planet. We have a power within us. This energy is the life force and has many name given to it throughout time. We can make use of this power to change ourselves, to help others and to change the world.

Every person has the power of the universe within him. He can accomplish anything he want if he able to set his mind to it. It will bring us to all what we desire if we know how to ask, and how to program it.

Our body is an outer reflection of what is going on INSIDE us. It’s visible symbol of who we are. To make a marked change in our body, we need to make adjustment on the INSIDE. A positive change in our self image – the ability to visualize a better we – is key to a successful pyhsical transformation.

POTENSI DIRI MELAYU

Zakaria Mohamad December 20th, 2008

Semua orang sedang menunggu era kebangkitan Islam. Ada orang yang sangat yakin bahwa Bangsa Melayu akan bangkit memberi impak yang tersendiri terhadap kebangkitan Islam seluruhnya. Apakah benar Bangsa Melayu mempunyai peranan besar di zaman ini? sedangkan kita masih dapat melihat akan kelemahan Bangsa Melayu dalam pelbagai bidang kehidupan masa kini. Bagaimanakah cara untuk mengatasi semua permasalahan ini dan siapa yang harus memulakannya??.

Para pemimpin?, ulamak?, cendikiawan Melayu?, Usahawan Melayu?, atau harus dimulai dari diri kita sendiri?. Banyak pihak cuba menyalahkan musuh diatas segala kelemahan dan kegagalan bangsa kita selama ini. Lantas seruan Jihad mudah sekali diterima sebagai suatu seruan agama yang mesti dilakukan tanpa banyak soal dan kajian. Bagi saya, musuh yang utama adalah ‘di dalam diri kita sendiri’. Artinya, kita harus mampu berperang melawan kemiskinan mental yang sekian lama telah membelenggu keluarga dan bangsa kita.

Kemiskinan mental adalah suatu keadaan atau tahap pemikiran dan kejiwaan dimana seseorang itu dipenuhi dengan tabiat dan kebiasaan negatif seperti pemalas, perangsa buruk pada orang lain, iri hati dan dengki khianat kepada kejayaan orang lain.

Miskin mental juga ditunjukkan dari perilaku yang tidak disiplin, tidak ada keyakinan diri, tidak amanah, tamak, tidak mahu menerima teguran, tidak mahu membaiki diri atau tidak punyai cita-cita hidup. Seandainya setiap orang dari Bangsa Melayu, mulai saat ini bangkit membangunkan potensi diri sendiri dengan menamatkan kemiskinan mental, sebaliknya berjuang menuju kepada kekayaan mental sepenuhnya.

Seseorang yang punyai kekayaan mental pastinya mampu menghadapi cabaran zaman dan servive dalam kehidupan yang semakin mencabar kini. Kita harus mulai dari sekarang dan memulainya dari diri masing-masing!!.

KORBAN DAN PENGORBANAN

Zakaria Mohamad December 11th, 2008

ALLAH HU AKBAR.. ALLAH HU AKBAR.. ALLAH HU AKBAR. ALLAH HU AKBAR WALILLAH HILHAM..
Alhamdulillah, umat Islam telah selesai merayakan Hari Raya Aidul Adha di seluruh dunia. Aktiviti utama yang berkaitan dengan Hari Raya Aidul Adha ini ialah acara melontar sebagai salah satu rukun hari di Mina, dan acara penyembelihan binatang oleh umat Islam di serata dunia. Serantak dengan itu, umat Islam menyambutnya dengan bertakbir di masjid dan surau serta melakukan ibadah penyembelihan korban.

Apabila Hari Raya Aidul Adha berlalu pergi, apakah semangat dan kekuatannya turut berlalu pergi. Saya harap tidak begitu. Bagi saya, Hari Raya Aidul Adha kali ini merupakan Hari Raya yang paling penting bagi umat Islam untuk muhasabah diri dan meningkatkan iman kita. Di kala dunia semakin tidak menentu, kita perlu meningkatkan tahap pengorbanan dan kesiap-siagaan kita dalam menghadapi apa juga cabaran baru yang mendatang.

Ekonomi dunia dikatakan semakin suram. Ada orang yang benar-benar faham apa yang sedang berlaku, namun rata-rata umat Islam tidak begitu faham dengan perkembangan ekonomi dunia dan trend ekonomi semasa di sekeliling mereka. Masakan mereka mampu untuk memahami perkembangan ekonomi dunia, sedangkan permasalahan ekonomi dalam keluarga dan rumah tangga sendiri masih tidak mampu untuk diuruskan dengan sebaiknya. Inilah nasib umat Islam kini yang rata-rata masih hidup di bawah paras kemiskinan. Malah masih ramai umat Islam yang buta huruf dan sedang berlawan dengan pelbagai jenis penyakit kronik yang tiada penhujungnya.

Nasib umat Islam adalah tanggungjawab umat Islam sendiri. Masa depan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Kita tidak boleh terus mengharapkan bantuan ‘orang luar’ untuk membantu kita. Untuk itu, sudah tiba masanya bagi seluruh umat Islam menghentikan persengketaan sesama sendiri. Umat Islam mesti bersatu untuk bangkit memajukan diri serta ummah. Semoga ibadah korban yang kita baru lakukan itu dapat meningkatkan semangat pengorbanan kita untuk membina dunia baru yang lebih aman, bebas dari penyakit dan kelemahan oleh diri kita sendiri..