Zakaria Mohamad March 22nd, 2009
Bolehkan aku berjaya dalam dunia MLM?. Bolehkan aku berjaya dalam sesuatu syarikat jualan langsung yang baru diceburi?. Soalan itu sering bermain di dalam kepala setiap orang apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini. Perniagaan jualan langsung atau MLM nampak mudah dan glamor, namun ramai yang kandas ditengah jalan. Sedikit sekali yang berjaya meraih kejayaan, sedangkan yang lain terkial-kial mencari arah. Lantas ramai yang suka beralih dari satu syarikat kesatu syarikat yang lain.
Di Malaysia kini terdapat banyak syarikat MLM, samada yang didaftarkan di dalam negara atau yang datang dari luar. Mereka menjanjikan pelbagai ganjaran, pengetahuan dan pendapatan yang lumayan. Namun untuk mengapai segala impian itu memerlukan satu kekuatan dan kemampuan yang hebat sekali. Oleh itu, mereka yang hebat sahaja boleh berjaya. Mereka yang lemah semangat akan terkulai dan kalah separuh jalan lalu mencari pelbagai alasan bagi menutup kelemahan diri.
Mereka yang berjaya di dalam bidang ini mempunyai kemahiran dan bakat yang tersendiri. Perniagaan dalam dunia MLM tidak sama dengan perniagaan barangan satu tingkat(single level). Orang yang lemah menumpukan kepada barangan yang dijual. Manakala mereka yang hebat menumpukan kepada orang bawahan mereka. Ya.. satu golongan memberi tumpuan kepada barangan, dan satu kumpulan lagi memberi penekanan kepada orang dalam kumpulan mereka.
Sekiranya anda mahu berjaya cepat dalam dunia perniagaan MLM, tumpukan perhatian dan tindakan anda kepada manusia-manusia di dalam kumpulan anda. Anda mesti mempertingkatkan kemahiran anda dalam mengajak, melatih dan mendidik mereka. Dalam erti kata lain, anda perlu tumpukan lebih banyak masa dalam bidang perlatihan, dan bukannya menjual barangan semata-mata.
Dalam bidang perlatihan pula, kita didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah latihan dari seluruh pelusuk dunia. Di sini saya suka menyarankan agar kita Orang Melayu perlu bijak menggunakan kaedah yang selari dan sesuai dengan budaya kita sendiri. Budaya kita indah, lembut dan bermaruah. Lantas kita perlu mampu mengadaptasikan sebanyak mungkin keindahan, kelembutan budaya kita sendiri dalam memilih dan melatih para usahawan di dalam kumpulan kita. Dalam hal ini, saya menggunakan pendekatan ‘CHAKNA & KASIH’.
Zakaria Mohamad March 15th, 2009
Masa untuk berubah telah tiba. Keadaan ekonomi dikatakan semakin tidak menentu. Pakar-pakar ekonomi dunia semakin sukar meramal dan merencanakan pembangunan ekonomi mengikut perspektif lama. Semua pihak sedang mencari suatu alternatif baru untuk berubah. Berubah dari keadaan lama yang terlalu bergantung kepada sistem ekonomi Barat yang berat sebelah. Sistem ekonomi yang hanya menguntungkan mereka dan merugikan pihak lain. Permainan sendiri wara mereka telah tamat.
Kini adalah masa untuk umat Islam beruah. Umat Islam mesti berubah bangkit menjadi umat pilihan yang mengatur ekonomi dunia. Dengan kuasa minyak dan segala sumber bumi yang ada, negara-negara Orang Islam mampu untuk mencorakkan arah tuju ekonomi yang baru dan lebih cemerlang tanpa dikongkong oleh mana-mana kuasa besar dunia.
Umat Islam mesti bersedia untuk berubah dibidang ekonomi. Umat Islam mesti bangkit menjadi umat yang maju dan tidak lagi meminta-minta untuk hidup. Kita sebagai orang Islam tidak boleh lagi mengharap belas ihsan orang lain untuk membangunkan keluarga kita. Kita sendiri mesti bangkit untuk melakukan perubahan, membina kejayaan dan kecemerlangan keluarga kita.
Ceburilah sesuatu bisnes yang mampu merubah kehidupan anda. Pelbagai bisnes yang ada disekeliling kita yang boleh direbut peluang. Ada yang memerlukan modal besar, ada yang tidak memerlukan modal besar. Ada yang memerlukan kemahiran tinggi, dan ada yang tidak mementingkan kemahiran serta pengalaman berniaga. Dalam keadaan ini, ramai orang kita yang mulai berjinak dengan perniagaan franchais dan MLM. Kepada yang telah lama melibatkan diri dalam bidang ini, saya harap anda perlu meningkatkan usaha agar kejayaan yang lebih besar akan lebih teserlah.
Kepada ahli-ahli HPA, inilah masa kita perlu meningkatkan usaha agar HPA benar-benar menjadi sebuah syarikat MLM yang berteraskan syariah dan benar-benar disegani dinegara kita. Saya masih baru dalam dunia HPA. Potensi yang ada dalam HPA sangat besar dan hebat sekali. Barangan halal yang dihasilkan sendiri oleh umat Islam wajar dijadikan kekuatan untuk ahli-ahli HPA bangkit membina kejayaan didalam perniagaan ini. Perniagaan adalah perjuangan. Ahli-ahli HPA perlu berjaya dalam perniagaan ini memandangkan kita telah memilihnya sebagai teras perjuangan kita. Selamat berjuang saudara ku sekalian..
Zakaria Mohamad March 9th, 2009
Kesihatan adalah asas utama untuk seseorang insan mencapai kejayaan dalam hidupnya. Tanpa tubuh badan yang sihat, impian cita-cita dan usaha seseorang insan untuk menuju kepuncak jaya akan terkubur ditengah jalan. Melalui tubuh badan yang sihat manusia mampu berusaha dengan sekuat hati dan tenaga untuk merubah dan membina kehidupan yang diimpikannya.
Kesihatan perlu dijaga sentiasa. Adalah sangat malang, apabila ada orang yang bercita-cita tinggi untuk berjaya, tetapi langsung tidak mempedulikan tahap kesihatannya. Dia makan dan minum ikut selira dan nafsunya tanpa mengira kesan kesihatan kepada dirinya. Apabila dia jatuh sakit, segalanya bisa terbantut dan ia akan menjejaskan prestasi kerjanya. Pada masa yang sama, emosinya akan terjejas disamping akan mempengaruhi ahli keluarga dan orang disekelilingnya.
Bagi mereka yang mempunyai impian tinggi untuk membina kejayaan dalam hidup, ia juga perlu seiring dengan kemampuan menjaga kesihatan dirinya sendiri.