.. ..

Archive for June, 2009

BEREHAT & BERKURSUS DI TASIK KENYIR

Zakaria Mohamad June 29th, 2009

Alhamdulillah, kami sedang merancang untuk mengadakan satu program latihan kepimpinan dalam bentuk ‘Train The Trainers’ bertempat di Tasik Kenyir, Terengganu. Kursus yang memakan masa selama 3 hari dan 2 malam ini akan melahirkan lebih ramai ‘leaders’ baru yang berwibawa dalam HPA amnya, dan dalam kumpulan Serangkai Budi khasnya.

Kursus ini akan mendedahkan kepada ‘leaders’ dan bakal-bakal leaders tentang teknik-teknik terbaru dan berkesan dalam melatih, membimbing dan membangunkan kumpulan mereka selari dengan tuntutan sebuah syarikat MLMS. Keutamaan kursus ini adalah untuk kumpulan Serangkai Budi. Namun kami turut memberi peluang kepada mana-mana kumpulan atau sesiapa sahaja yang berminat untuk meyertainya asalkan berpangkat PRX keatas. Anggaran bayaran ialah sebanyak RM 200.00 (Ringgit: Dua Ratus Shj) termasuk makan, minum, tempat penginapan, pengangkutan boat dan bahan kursus. Tarikhnya akan diumumkan kemudian..

TASIK KENYIR, TERENGGANU

SISTEM IMUN TUBUH

Zakaria Mohamad June 18th, 2009

Sistem imun (imunity system) tubuh ialah kekuatan untuk mempertahankan kehidupan kita daripada sebarang ancaman luaran seperti serangan virus, bekteria, kuman, fungus, habuk, hama dan sebagainya.

Ketidakmampuan hidup umat Islam hari ini daripada menolak fitnah, tohmahan, dakyah palsu, cercaan dan sebagainya juga adalah merupakan ganguan sistem imun tubuh kepada umat Islam hari ini. Bagi mereka yang telah terjebak dan telah dihantui dengan masalah ini, kekuatan untuk keluar daripada belenggu itu ialah kekuatan Antibodi.

Namun begitu telah jelas dan nyata kedua-dua sistem ini telah rosak dalam sistem kehidupan umat Islam hari ini. Sistem imun kita telah dirosakkan oleh pemikiran yang negatif dan permakanan yang haram. Umat Islam perlu bangkit dari fikiran negatifnya sendiri disamping membetulkan permakanan harian mereka.

Kita sedang tertipu dan terpedaya dengan keburukkan makanan-makanan harian hari ini yang bersifat pasif dan tiada fungsi pemakanan lagi. Contohnya seperti makanan segera, makanan yang diproses menggunakan bahan yang tidak suci, membeli ayam di kedai bukan muslim, susu bayi yang ditambah bahan aktif dan sebagainya.

Umat Islam mesti segera keluar dari kemelut dan tipu daya kuffar ini. Kita perlu sedar dan menyedarkan orang lain agar umat Islam mampu berfikir sejenak dan kembali kepada fitrah asal kehidupan kita melalui amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Sudah sekian lama kita ditipu oleh pelbagai iklan-iklan dimedia massa tentang makanan-makanan yang meragukan berbanding dengan makanan-makanan yang diberitahu oleh Jujungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Oleh yang demikian HPA melalui kaedah Perawatan Jawinya cuba untuk membantu masyarakat untuk bersama-sama memulihkan kekuatan kita dengan kembali kepada permakanan dan perawatan halal serta cara hidup yang selari dengan cara hidup Islam.

Kepada para Herbelis HPA, tugas kita semakin berat. Disamping berusaha untuk meningkatkan sistem imun tubuh kita dan ahli keluarga kita sendiri, kita juga bertanggungjawab membetul, memulihan dan mempertingkatkan sistem imuniti tubuh masyarakat kita agar kita dapat keluar dari ancaman pelbagai penyakit moden zaman ini. Samada penyakit yang mengganggu tubuh badan, emosi, mental dan aqidah kita semua. Amin.

KEBANGKITAN MELALUI SOLAT

Zakaria Mohamad June 10th, 2009

SOLAT MEMPUNYAI RAHSIA YANG AMAT DALAM. Namun, apabila umat Islam sibuk dunia dan mulai memandang ringan terhadap solat, maka nilai umat Islam turun merudum sehingga mampu diinjak oleh musuh-musuh Allah.

BANGKITLAH MELALUI SOLAT. Hayatilah segera erti dan pengertian solat. Galilah segera kekuatan dan rahsia yang ada dalam solat. Cuba kita kaji setiap patah perkataan yang kita baca dalam solat dalam bahasa Melayu. Semoga kita akan lebih faham dan akan mendapat petunjuk Allah, insya Allah.

DIRIKAN SOLAT..

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Latihlah diri untuk melakukan solat dengan baik.
Pimpinlah anak-anak dan ahli keluarga untuk bersolat
Nasihati dan ajaklah masyarakat kearah solat.
Kita gerakkan kebangkitan dunia berteraskan solat..

PANDANGLAH KAMI..

Zakaria Mohamad June 9th, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku…

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu…

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu. Ya Rabb..

Maaflah bila hati ini tidak sempurna mencintai Mu

Dipetik dan dipinjam dari http://cahayamukmin.blogspot

HARI INI

Zakaria Mohamad June 2nd, 2009

Hari Ini..
Di Sini..
Di Sungai Petani
Lahir Satu Sejarah Baru
Menggantikan Lagenda Lembah Bujang Yang Hilang

Di Sini
Hari Ini
Kami Menadah Tangan Memohon Restu Mu Ya Robb
Kami Mahu Berada Di Atas Jalan Mu
Malah..
Malah Kami Mahu Berada Di Saf Nombor Satu
Walaupun Kamu Tahu, Jalannya Penuh Duri & Liku

Di Sini..
Hari Ini..
Ada Sedikit Pesan Untuk Teman
Ingatlah..
Bahawa Masa Yang Dinanti Telah Tiba
Sadarilah..
Bahawa Saat & Ketikanya Telah Sampai

Di Sini
Hari Ini..
Berhimpun Anak & Cucu
Dari Keturunan Yang Sama
Dari Warisan Yang Sama
Dari Sejarah Yang Sama
Dan..
Dengan Niat, Tujuan Serta Matlamat Yang Masih Sama

Wahai Anak Petani
Jangan Takut Dan Ragu Lagi
Jangan Bersedih Dan Berduka Cita Lagi
Bangkitlah
Bangkitlah Dengan Berani
Kerana..
Kerana Allah Dan Rasul Bersama Mu
Bangkitlah..
Mengulangi Kejayaan Yang Dijanjikan
Mengembalikan Keagungan Penutup Zaman

Di Sini
Hari Ini
Kami (Para Peserta Sijil Herbelis Ke 16) Merakamkan Jutaan Terima Kasih,
Tanda Sayang Dan Kasih Kami Kepada Mu Oh Sungai Petani
Senyum Manis Mu Tidak Akan Kami Lupakan
Kemesraan & Keikhlasan Mu Jadi Kenangan Yang Panjang

Di Sini
Hari Ini..
Saat Ini..
Hati Kami Bagaikan Diragut Pedih
Bertemu Dan Berpisah Terlalu Cepat
Kami Akan Pulang
Membawa Amanah Dan Seribu Pesan
Kami Berjanji..
Akan Membina Rangkaian Dan Tapak-Tapak Baru
Tapak Bagi Orang Jawi Berbakti
Selari Dengan Hasrat Dan Cita-Cita Mu, Oh Sungai Petani..

*Nukilan ini dibacakan di majlis Penutupan Kursus Sijil Herbelis ke 16 di Sungai Petani, Kedah; Pada 31 May 2009.