KURSUS SELEPAS PBC
Zakaria Mohamad July 23rd, 2009
Salam ceria untuk seluruh rakyat Malaysia walau dimana jua anda berada. Atas permintaan ramai, saya telah diminta untuk mengendalikan satu kursus kepimpinan bagi leader dan bakal-bakal leader HPA.
Bagi ahli-ahli HPA sekalian, sekalung tahniah kepada anda dan para downline anda yang telah atau pernah mengikuti program PBC walau dimana sahaja ia diadakan di serata Malaysia dan Indonesia. Itu adalah langkah pertama bagi seseorang usahawan HPA untuk mengorak langkah dan berjaya bersama HPA. Mereka perlu melalui satu kursus yang dinamakan ‘Program Bijak Cemerlang’ atau PBC.
Namun, ramai yang teraba-teraba tidak tahu atau masih kurang yakin bagaimana untuk memulakan langkah setelah kembali dari kursus PBC tersebut. Perkara ini disebabkan oleh kepelbagai latar belakang, kemahiran, pengalaman dan pemikiran dalam keusahawanan MLM itu sendiri. Mereka tercari-cari apakah ‘approach’ terbaik yang harus digunakan..
Bagi sesetengah ahli baru HPA, Ramai yang tidak sedar bahawa di dalam HPA terdapat terlalu banyak peluang untuk direbut. Ramai ahli HPA sebelum ini menganggap bahawa HPA hanya sekadar untuk mendapatkan barangan halal lagi baik sahaja. Mereka terlepas pandang bahawa HPA sebagai satu platform untuk memperjuangkan ekonomi ummah.
Manakala bagi sesetengah pemimpin MLM yang baru berkenalan dengan HPA, ramai yang tergamam(termasuk saya sendiri) apabila mendapati bahawa bukan sekadar syarikat MLM biasa, malah suatu cara hidup yang sangat indah.
Bagi tujuan inilah, ramai yang merasakan bahawa, satu kursus kepimpinan khas perlu diadakan bagi mereka yang benar-benar ingin memulakan langkah sebagai seorang usahawan HPA. Dengan kerjasama Komuniti HPA Hulu Terengganu, Program awal ini akan diadakan selama satu hari ( 1 hari sahaja) bermula dari jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.00 petang. Kursus ini akan diadakan pada Hari Jumaat 7hb. Ogos 2009 bertempat di Cawangan HPA Kuala Berang, Hulu Terengganu. Bayaran hanya Rm 20.00 sahaja (Untuk kali ini sahaja) dan boleh dibayar semasa pendaftaran.
Kursus ini terbuka kepada semua ahli HPA, yang telah dan pernah mengikuti program PBC sebelum ini. Kepada anda yang jauh dan ingin datang berkursus, berehat dan melancung ke Terengganu, inilah peluang yang terbaik. Anda boleh memandu ke Terengganu, atau hanya naik bas (KL-Tasik Kenyir) atau (Utara-Tasik Kenyir). Bas akan berhenti depan cawangan HPA Kuala Berang. Anda juga boleh menaiki bas untuk pulang pada malamnya. Sebarang persoalan dan masalah boleh hubungi Komuniti HPA Hulu Terengganu atau terus kepada saya.