.. ..

Archive for October, 2009

TAMRA.. TERENGGANU PERTAMA ADA..

Zakaria Mohamad October 29th, 2009

….Tuhan Mendudukkan Tamra di Benua Terengganu Adi Pertama Ada….

Sheikh Muhammad al-Baghdadi, ahlul bait yang juga penulis Batu Bersurat ini telah meletakkan piagam atau suatu cap mohor bahawa Islam sekali lagi akan bangkit bermula dari bumi Terengganu. Terengganu dari sebuah negeri yang kecil dengan pegangan ketauhidan dan keislamannya telah berkembang menjadi sebuah ‘benua’ sebagaimana yang tertulis di Batu itu.

Negeri berpanji hitam inilah sebagai penggerak akan kebangkitan Islam di akhir zaman.

Sabda Rasullulah:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)

Dari Hulu Terengganu ahlul bait Waliyullah Sheikh Muhammad al-Baghdadi telah menyusur turun beberapa ahlul bait terdahulu seperti Tok Pauh di Kg Pauh, Kuala Berang kemudian menuju ke Kuala Terengganu menurunkan ahlul bait Tok Ku Pulau Manis dan Tok Ku Paloh.

Susur galur keturunannyalah yang akan mengibarkan panji-panji hitam kebangkitan Islam akan datang.

Sharif Muhammad al-Baghdadi dipercayai penulis Batu Bersurat dengan jelas telah meramalkan akan kebangkitan Islam akan datang.

Makam ahlul bait pertama yang dapat dikesan dipercayai Makam Shariff Muhammad al-Baghdadi yang terletak di Hulu Terengganu. Ahlul bait ini turun takhta di Baghdad kerana mengambil jalan wara’.

Suatu kenyataan yang jelas, terukir di Batu itu bahawa kesinambungan amalan warisan Rasulullah itu telah bersambung di rantau sebelah sini setelah sekian lama bertapak di bumi Arab.
Petikan Dari: Adi Sarwajagat

Nota:
Bakal pengganti Dato’ Seri Najib dikatakan sebagai zaman peralihan buat bangsa Melayu berdasarkan senario di zaman terakhir(R.A.H.M.A.N) Zaman yang akan beralih arah ke zaman pemerintahan Sistem Kekhalifahan Islamiah buat kali kedua. Wallah hua’lam..