.. ..

WELCOME!

admin March 27th, 2007

Welcome & Selamat Datang!

Blog merupakan satu penomena baru yang sedang berkembang ke seluruh dunia. Terima kasih kerana sudi melawat Blog saya. Saya mungkin tidak mengenali anda, tapi itu tidak menjadi masalah. Untuk tujuan saya dapat mengenali anda lebih dekat, tinggalkan coretan, ingatan, komentar atau apa juga ucapan anda di ruangan yang disediakan!. Kita jadikan Blog ini sebagai medan untuk berkenalan dengan lebih dekat.

Untuk memberian kesan yang lebih baik kepada anda dan para pengunjung sekalian, saya sediakan banyak video dan audio menarik di Blog ini agar anda tidak jemu dan dapat menerimanya dengan lebih berkesan. Oklah .. Kalau ditanya orang, Blog saya ini menceritakan tentang apa ya?. Sebagai seorang penceramah motivasi, penulis dan usahawan, saya tentunya akan banyak membicarakan disini tentang MOTIVASI DIRI, bagaimana untuk membina kejayaan, mengapa ramai orang gagal dan sebagainya. Dan yang paling penting, melalui Blog saya ini, saya akan menurunkan dan berkongsi banyak modul-modul latihan yang sedang dan pernah saya gunakan selama ini, terutamanya ‘SANTABI’.

Setiap hari, saya akan memberikan tips-tips terbaru tentang MOTIVASI & KEJAYAAN. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka komputer anda setiap hari dan membacanya pada waktu-waktu luang anda. Anda boleh membacanya di waktu pagi, tengah hari, malam atau bila-bila masa sahaja yang anda mahu. Anda juga boleh mencetak kesemua atau bahagian-bahagian Blog ini yang anda minati untuk simpanan anda. Bagus bukan?. Itulah sumbangan saya untuk masyarakat.

Disamping itu, saya bersedia membantu anda dan sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memiliki Blog sendiri. Banyak faedahnya. Banyak perkara baru yang anda boleh belajar apabila menjadi seorang ‘Blogger’. Walaupun banyak program diinternet yang menawarkan program bina Blog percuma, namun, saya cadangkan anda keluarkan sedikit belanja dan saya akan rekomen yang sesuai dan terbaik bagi anda mengikut pengalaman saya. Melalui Blog anda nanti, anda boleh memperluaskan idea dan bakat anda dengan masyarakat luas. Anda juga boleh ‘memasarkan’ apa sahaja barangan atau perkhidmatan mengikut kemahiran anda di internet.

Setelah anda membuat ‘pesanan’, dalam waktu yang singkat sahaja, apa yang anda pesan itu akan ‘didownloadkan’ ke komputer anda, Sebagai memulakan langkah untuk memahami dunia internet yang sebenar, saya sangat mengalu-alukan agar anda memulakan langkah mengambil bahagian pratikal sebagai satu latihan sebenar. Lama kelamaan anda akan menjadi seorang expert dalam bidang internet. Ia tak rugi. Harganya murah, dan bahannya sangat bermutu dan bernilai. Saya sendiri pun melalui proses yang sama di peringkat awalan. Saya sarankan pada anda, apa yang telah dan pernah saya lakukankan sebelum ini. Dari situ, kita sama-sama bergerak lebih jauh sebagai seorang usahawan internet. Insya Allah..

Jangan berlengah lagi. Mulakan sekarang dengan memiliki Blog anda sendiri. Belajar menulis dan melontarkan pendapat anda. Kemudian belajar untuk menjana pendapatan melalui internet, atau pun dikenali sebagai internet maketing. Satu bidang baru yang anda tidak boleh abaikan!. Apabila kawan-kawan internet anda telah berkembang, kita mungkin boleh buat kerjasama ‘kelab blogging’. Mungkin kita boleh bertemu dan berbincang secara terbuka dari masa kesemasa. Doakan!. Kita boleh belajar sesama kita. Banyak perkara yang boleh kita kongsikan…

Sekian.

Zakaria Mohamad.

M a l a y s i a

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Comments are closed.

Trackback URI |