.. ..

ABOUT ME

Zakaria Mohamad April 7th, 2007

mmc-fon-064.jpg

Hj. Zakaria Mohamad is a Malaysian motivational speaker & trainer. Beliau adalah seorang penceramah motivasi dan jurulatih keusahawanan dari Malaysia; dengan moto A Malaysian Motivational Speaker & Trainer Speaks!.... Pada mulanya Blog ini dibuat.. adalah sebagai suatu hobi, juga sebagai suatu cara untuk memotivasikan diri sendiri agar sentiasa segar dan tegar dalam menjalankan tugasan harian sebagai seorang penceramah, penulis dan usahawan. Di samping itu, saya ingin melihat kejayaan orang lain dan saya rasa gembira serta bangga melihat orang lain berjaya. Melalui Blog ini, insya Allah saya akan berusaha untuk menyediakan seberapa banyak tip-tip KEJAYAAN untuk dikongsi dengan anda semua.

Hj. Zakaria tidak asing dalam dunia perniagaan Network Marketing di Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai penceramah motivasi kepada beberapa syarikat MLM ternama di Malaysia. Beliau juga pernah berjaya sebagai seorang pemimpin dalam syarikat MLM yang diceburinya dan berjaya membimbing serta melahirkan ramai pemimpin yang menjadikan beliau sebagai mentor.

Kepada seluruh ahli-ahli Team Serangkai Budi, diharap anda semua dapat menafaatkan segala yang disediakan di blog ini untuk kebaikan dan kemajuan diri anda, samada dalam bidang keusahawanan atau kehidupan. Kini, Hj. Zakaria bersedia untuk berkongsi pengalaman beliau dengan anda melalui program bulanan yang diadakan, samada di tempatnya beliau di Kemaman, Terengganu, atau di tempat anda. Untuk sahabat baru, anda amat digalakkan untuk menyertai satu seminar awalan selama 2 hari 1 malam bersama kami dengan kos yang sangat minima. Sebarang persoalan bolehlah menghubungi kami melalui ruang yang disediakan.
.
Sebenarnya, usaha Hj. Zakaria tidak keseorangan dalam melakukan tugas dan tanggungjawab besar ini. Kami amat bersyukur kerana segala kerja murni ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari barisan Team Serangkai Budi sendiri.

Kami juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada keluarga Hj. Zakaria yang banyak membantu menjayakan blog ini. Mereka telah bertindak selaku ‘The Management Team’ untuk Blog ZakariaMohamad.com ini.

ZAKARIA MOHAMAD- Penulis & Kordinator

SYAHIERA FARHANA-tips kesihatan(Bac.(Hons)in Farmasi UIAM)

FARHAN FAISAL-sokongan teknikal(Bac. of Computer Science UIAM)

AMIRA FARHANA- kewangan(Bac. in Acc UIAM)

FARHAN AKRAM- Sokongan & Promosi(Metric UIAM)

HANIZAH HJ.RAMLEE-Penasihat(Dip. in Acc.UiTM)

Kami berharap kehadiran Blog.ZakariaMohamad.com ini benar-benar dapat membantu Team Serangkai Budi, dan sesiapa sahaja yang berminat membina kejayaan ( dunia & akhirat) melalui teknik dan falsafah yang kami kemukakan. Semoga apa yang kami lakukan ini diberkati Allah jua!..

 

Bagi Pihak

Team Serangkai Budi

 

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

2 Responses to “ABOUT ME”

  1. yuslion 24 Apr 2007 at 6:49 pm

    wah hebat team ni, kalian dijemput dlm platform yg lebih real iaitu di forum http://auraminda.com/forum

    semoga penglibatan anda menyemarakkan lagi dunia internet dan motivasi

  2. Wuryananoon 24 Oct 2008 at 12:17 pm

    Wah…Hebat!
    Seorang Motivator dan Trainer Network Marketing.
    Salam Sukses dari Surabaya, Indonesia.

    Regards,
    Wuryanano :)

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply