.. ..

WELCOME!

admin March 27th, 2007

Welcome & Selamat Datang!

Saya ucapkan Selamat Datang kepada Seluruh ahli Team Serangkai Budi. Namun, Blog ini terbuka untuk semua orang yang sudi untuk singgah dan mengutip mutiara kata yang terdapat disini..
Yang pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melawat Blog saya. Saya mungkin tidak mengenali anda, tapi itu tidak menjadi masalah. Untuk tujuan saya dapat mengenali anda lebih dekat, tinggalkan coretan, ingatan, komentar atau apa juga ucapan anda di ruangan yang disediakan!. Kita jadikan Blog ini sebagai medan untuk berkenalan dan memajukan diri.

Untuk memberian kesan yang lebih baik kepada anda dan para pengunjung sekalian, saya sediakan banyak video dan audio menarik di Blog ini agar anda tidak jemu dan dapat menerimanya dengan lebih berkesan. Oklah .. Kalau ditanya orang, Blog saya ini menceritakan tentang apa ya?. Sebagai seorang penceramah motivasi, penulis dan usahawan, saya tentunya akan banyak membicarakan disini tentang MOTIVASI DIRI, bagaimana untuk membina kejayaan, mengapa ramai orang gagal dan sebagainya. Dan yang paling penting, melalui Blog saya ini, saya akan menurunkan dan berkongsi banyak modul-modul latihan yang sedang dan pernah saya gunakan selama ini, terutamanya ‘SANTABI FOR PROSPERITY’.

Setiap hari, saya akan memberikan tips-tips terbaru tentang MOTIVASI & KEJAYAAN. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka komputer anda setiap hari dan membacanya pada waktu-waktu luang anda. Anda boleh membacanya di waktu pagi, tengah hari, malam atau bila-bila masa sahaja yang anda mahu. Anda juga boleh mencetak kesemua atau bahagian-bahagian Blog ini yang anda minati untuk simpanan anda. Bagus bukan?. Itulah sumbangan saya untuk ANDA.

Sekian.

Zakaria Mohamad.

M a l a y s i a

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Comments are closed.

Trackback URI |