BERUBAH
Zakaria Mohamad January 10th, 2010
Dunia semakin gawat. Umat manusia masih teraba-raba mencari kebenaran dan kejayaan yang hakiki. Sesungguhnya, masa depan kamu dapat dibentuk dari diri mu sekarang. Apabila kamu inginkan perubahan, maka kamu harus lakukan dari sekarang. Marilah berubah. Ubahlah nasib kamu. Berusahalah menjadi manusia yang lebih baik. Sekiranya kamu inginkan kejayaan, mulai sekarang kamu harus berusaha untuk kejayaan. Bukan hanya mengharapkan kejayaan dan perubahan tanpa melakukan sebarang usaha.
Bacalah lebih banyak buku-buku tentang kejayaan. Hadirilah kursus, seminar atau bengkel yang mampu memandu kamu kearah kejayaan. Sesiapa sahaja berhak dan mampu berubah menjadi seorang manusia yang lebih baik. Kamu berhak menentukan masa depan kamu..
Kembalilah kepada Tuhan. Tingkatkan usaha dan doa. Eratkan perpaduan dan ukhwah ummah. Jaga dan hormati pergaulan sesama insan yang berlainan agama dan kepercayaan. Kejayaan sedang menanti kamu..
terima kasih ayahanda.
apa khaar ayahanda & ibunda?
moga kalian di rahmati Allah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.