.. ..

LAKUKAN SANTABI!

Zakaria Mohamad April 20th, 2007

Kepada orang yang pertama kali mendengar perkataan santabi, ia mungkin agak asing. Namun, itulah hakikatnya, tidak kenal maka tak cinta. Dalam bahasa yang mudah Santabi ialah meditasi secara Islam. Alhamdulillah, kini masyarakat Asia dari kalangan Bangsa Melayu semakin dapat terima akan maksud, dan kepentingan meditasi dalam kehidupan harian mereka. Ramai orang sudah boleh terima akan pengertian dan maksud Kuasa Minda. Namun, tidak kurang juga yang masih belum dapat terima keperluan bermeditasi kerana ia seolah-olah masih bersumberkan budaya Hindu, Buddha atau Kristian. Saya sudah lama mengkaji dan terlibat dalam bidang ‘meditasi’. Kemudian saya lanjutkan pula pencarian saya dari sudut dan pandangan Islam. Saya ambil masa yang lama untuk memantapkan pula dengan kehidupan dan Budaya Melayu. Dari pencarian yang panjang itulah lahirnya SANTABI. Saya telah merangka modul-modul khusus, membuat uji kaji dan mengadaptasikan di dalam kehidupan. Hasilnya sangat mengkagumkan. Modul latihan kami lebih menekankan kepada aspek praktikal, kerana pelajaran teori semata-mata tidak mampu membawa seseorang kemana-mana. Untuk mendapat keterangan lanjut mengenai Santabi, saya hubungkan anda kesini.Sebagai seorang penceramah motivasi, saya memahami keadaan dan permasalahan anak bangsa saya. Pembangunan jiwa, minda dan kekuatan dalaman seseorang tidak dapat dibangunkan dalam sekelip mata. Oleh itu, saya menekankan kepada konsep latihan dan bimbingan yang berterusan. Sekirannya anda berminat dan mahu menjalani latihan Santabi di rumah, anda perlu istiqomah melakukannya sehingga menampakkan hasil dan kejayaan. Latihan dan bimbingan ini saya berikan secara percuma sahaja.. tatapi ada beberapa syarat, anda mesti bersungguh-sungguh dan tidak melupakan tanggungjawab kepada anak-anak yatim. Kalau tidak bersungguh-sungguh tanpa sebarang syarat dan peraturan, anda mungkin akan merugikan masa anda sendiri, dan masa saya juga. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi terus kepada saya di ruangan ini

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

7 Responses to “LAKUKAN SANTABI!”

  1. ARARon 20 Apr 2007 at 11:18 pm

    Hebat, hebat, hebat. Kami sentiasa mengikuti perkembangan blog ini dan terlalu banyak yang perlu di pelajari. Insyallah saya mahu perkemaskan blog dreambiz saya yang ketinggalan jauh didalam berbagai sudut.

    Semoga blog ini menjadi satu blog “Umbrella” bagi mereka-mereka yang ingin mempelajari alam maya dan internet bisnes dengan lebih berkesan. Kaya sudah menjadi idaman setiap manusia. Ramai yang terraba-raba didalam cerah dan mencari satu kaedah yang mudah untuk berjaya. Rupanya mudah tapi payah. “Sama tapi tak serupa, serupa tapi tak sama.”

    Sekain, ikhlas dari saya.

    Dreambiz.myblog.com

  2. Zakaria Mohamadon 21 Apr 2007 at 8:15 am

    Terima kasih Dreambiz!
    Terima kasihlah kepada Sdr Dreambiz kerana mengikuti perkembangan Blog saya. Kalau dulu, kita banyak masa untuk bertemu dan berbincang bersama. Nampaknya dengan perkembangan dan revolusi Blog masa kini, kita bertemu dan berbincang di internet. Malah lebih kerap, lebih fokus, malah lebih berkesan pun.. Terima kasih. Kepada kawan-kawan lama yang mengenali dan masih mengingati saya, saya akan bantu anda sehingga berjaya memiliki Blog sendiri dan seterusnya berjaya didalam ‘internet marketing’. Tapi tak mudah jugak.. Perlu ketekunan dan kesabaran. Membimbing tugas saya, melakukannya adalah tugas anda sendiri-sendiri. Sebagai seorang usahawan yang telah berjaya di Alam Nyata, saya yakin anda dapat mempelajari ilmu internet dengan cepat dan seterusnya berjaya di dalam bidang baru ini dengan cepat. Kita lakukan bersama-sama. Saya sendiri pun masih banyak yang kena belajar dari anda!. Kepada kawan-kawan kita yang masih teraba-raba, ayuh kita bangkit bersama!.

  3. dr auraon 22 Apr 2007 at 9:25 am

    Terima kasih En. Zakaria kerana membuka satu ruangan perbincangan yang cukup hebat dan mudah dilawati pada bila-bila masa sahaja ,saya akan lawati dan terus mengikuti perkembangan terutamanya berhubung pembelajaran ” SANTABI “. Saya kagum dan berterima kasih diatas segala tunjuk ajar, semoga semua kawan-kawan dan rakyat Malaysia yang budiman dapat sama-sama mengikuti dan terus belajar dan belajar lagi hingga menjadi seorang yang cemerlang dan mantap dalam menguasai ” DIRI SENDIRI “.

    terima kasih
    rkbudi@yahoo.com.my

  4. ibuon 23 Apr 2007 at 9:12 am

    Terima kasih En. Razali & rakan-rakan.

    Saya berharap kepada mereka yang telah faham mengenai Santabi agar melakukan latihan ini setiap hari di rumah anda, atau di mana sahaja yang anda selesa. Ilmu tidak akan bernilai tanpa AMAL. Oleh itu, jangan jadi pemerhati sahaja. Jangan rasa dah lengkap dan mantap. Teruskan latihan sampai bila-bila untuk kejayaan diri sendiri. Malah ia juga boleh membawa keluarga, bangsa dan negara kita juga kearah yang lebih cemerlang.

    Ibu
    http://www.hanizahhjramlee.com

  5. KHAIZALon 24 Apr 2007 at 10:20 am

    Salam bahagia,
    Orang kita masih jauh ketinggalan dalam segala hal dan perkara.. kenapa dan mengapa?, Apatah lagi untuk menceburi dalam dunia siber sebegini. Terima kasih saya ucapkan kepada En Zakaria dan saya bersyukur dengan adanya lembaran siber baru ini, dapatlah kita berbicara dan bertukar-tukar pandangan.

    Dalam ruangan ini kita berbicara tentang Santabi, tuan, bolehkah kiranya saya inginkan penjelasan secara jelas bagaimana boleh ‘santabi’ atau ‘meditasi’ ini dapat membantu dalam kejayaan seseorang?

    saya akan mengikuti perkembangan blog tuan ini dari masa ke semasa..
    saya juga menyediakan ruangan blog yang serba ringkas. lawati nya…
    http://livingnaturally.myblog.com

  6. linncomelon 25 Apr 2007 at 6:35 am

    Terima kasih ..bolehlah saya selalu amalkan santabi

  7. Zakaria Mohamadon 25 Apr 2007 at 9:28 am

    Semua orang boleh melakukan Santabi. Mereka yang sudah memahami konsep ‘meditasi’ tidak sukar lagi untuk memahami dan melakukan SANTABI. Kecuali ia mesti disandarkan kepada aqidah, keyakinan, nilai dan budaya ISLAM. Ramai orang bertanya: “Bagaimanakah SANTABI atau meditasi Dapat Membantu Kehidupan Seseorang?”
    Ahli Santabi atau seorang ahli meditasi tidak sama dengan orang BIASA. Dalamannya AKAN berubah. Dan akan TERUS berubah. Segalanya dari DALAM. Kalau DALAMAN kita sudah berubah, maka cara BERFIKIR, cara BERTINDAK, dan WAJAH nya akan BERUBAH. Bila hati kita menikmati KETENANGAN, itulah langkah PERTAMA kearah KEJAYAAN. Dah panjang ye.. nanti saya hubungi linncomel melalui e-mail.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply