.. ..

MILIKI BLOG SENDIRI

Zakaria Mohamad April 23rd, 2007

Saya sarankan anda dan rakan-rakan kita yang lain di luar tu..agar segera memiliki Blog sendiri. Banyak perkara yang anda boleh belajar dari Blog sendiri. Anda boleh belajar untuk berniaga di internet. Walaupun banyak program diinternet yang menawarkan program bina Blog percuma, namun, saya cadangkan anda keluarkan sedikit belanja dan saya akan rekomen yang sesuai dan terbaik bagi anda mengikut pengalaman saya yang sedikit ni.. Ramai orang ragu-ragu bila saya cadangkan agar ‘Miliki Blog Sendiri’. Bagaimana caranya, kerana saya tak mahir komputer, dan yang paling penting, untuk apa Blog tu??. Sesungguhnya, saya Zakaria Mohamad sedia membantu dan membimbing anda sehingga anda berjaya memiliki sebuah Blog sendiri yang menarik dan mahir menguruskannya. Lepas tu.. bila dah minat nak jadi ushawan internet dah berkobar-kobar, bolehlah pergi join Seminar Usahawan Internet oleh Jutawan Internet muda Irfan Khairi!. Bagi anda, tawaran yang saya buat ni, sah laku sehingga saya belum benar-benar sibuk dengan dunia internet. Kalau saya dah benar-benar sibuk dan glamour di dunia internet, saya pun ketika itu, mungkin dah tak larat nak tolong orang lagi!. Baca seterusnya

Bertindaklah sekarang. Bangkitlah. Bangkitlah. Kemukakan diri anda kepada DUNIA yang luas ni… Dunia dah berubah. Kita tak boleh berniaga kat kampung-kampung je.. Kita kena keluar ke Angkasa Raya untuk berniaga. Anda boleh jualkan idea, pendapat dan barangan anda keseluruh Asia yang faham Bahasa Melayu ..Malah di serata dunia ni pun, ada orang yang mahir berbahasa Melayu. Anda boleh menjual apa sahaja yang sesuai asalkan ia tak salah dari sudut agama dan undang-undang cyber. Kepada anda yang baru dalam hal ehwal Blog dan Blogging, saya sediakan satu pakej khas untuk anda. Bermula dengan pilih nama atau domain, hosting, setup dan bimbingan yang lengkap sehingga anda benar-benar mahir mengguruskan Blog anda nanti.

Saya sangat FAHAM, anda masih baru, dan memerlukan BIMBINGAN. Jangan bimbang. Anda tidak akan dibiarkan terkial-kial seorang diri. Saya dah tubukan satu kumpulan petugas untuk membantu dan membimbing anda sehingga anda benar-benar mahir dalam menggunakan Blog walaupun sebelum ini anda kurang mahir bidang komputer. Apa yang anda perlukan ialah sebuah komputer dan sambungan internet ke rumah anda. Di peringkat awal, kita akan belajar melalui internet. Anda akan dibekalkan dengan toturial lengkap, video dan bimbingan. Sekiranya anda ada sesuatu soalan, anda boleh mengemukakan soalan-soalan diruangan yang kami sediakan. Kalau masih TIDAK faham, kami akan adakan SEMINAR dan latihan percuma di kawasan anda. Kami akan datang ke kawasan anda, samada di Utara, Selatan, Kawasan Tengah, Timur atau hatta di Sabah dan Serawak. Buat masa ini kami akan cover untuk kawasan Malaysia dulu. Pakej yang kami kenakan kepada anda cuma RM 300.00(Ringgt: Tiga Ratus Shj). Kos ini termasuk domain, hosting dan kos setup awal dan bimbingan!. Murah bukan?. Kepada yang berminat untuk membeli atau memulakan “Pakej Memiliki Blog Sendiri”, hubungi saya sekarang!. Yang masih ragu-ragu, lupaan sahaja iklan ini. Kalau masih belum jelas dan mahukan maklumat lanjut, klik disini. Zakaria Mohamad.

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

6 Responses to “MILIKI BLOG SENDIRI”

  1. dr auraon 24 Apr 2007 at 8:32 am

    Terima kasih En. Zakaria diatas segala tunjuk ajar dan saranan…tuan akhirnya saya memiliki blog sendiri.Terasa macam tak percaya mempunyai dan memiliki blog sendiri. Namun hari ini saya cukup berbangga kerana mempunyai blog dan mampu untuk ” berbicara dengan lebih tenang ” untuk semua orang di serata dunia. Indahnya bila berada di alam maya dan bila memiliki blog sendiri, sehinggakan tidak mampu untuk saya ungkapkan dengan perkataan.

    Alamilah dan rasailah..keindahan dan ketenangan itu.

    Renung-renunglah diri sendiri.

    dr aura
    http://kerjasosial.myblog.com

  2. Zakaria Mohamadon 24 Apr 2007 at 9:28 am

    Tahniah dr aura kerana telah berjaa memiliki sebuah Blog yang menarik. Sebagai orang baru dalam bidang Blog, anda telah menunjukkan bakat dan minat yang baik dalam bidang ini. Semoga usaha itu berterusan. Apabila dr aura telah bersedia untuk memiliki Blog sendiri dengan menggunakan nama dot.com sendiri, sila beritahu saya dan saya boleh membantu. dr aura boleh gunakan nama sendiri seperti: http://www.RazaliMatAmin.com . Tahniah.

  3. Zakaria Mohamadon 24 Apr 2007 at 12:37 pm

    Saya ingin ucapkan tahniah kepada rakan-rakan kita yang telah membeli pakej “Memiliki Blog sendiri” atas nama mereka sendiri. Contohnya:

    1. http://www.hanizahhjramlee.com
    2. http://www.abdrahimabdrahman.com
    3. http://www.maizanismail.com
    4. http://www.farhanfaisal.com
    5. http://www.syahiera.com
    6. http://www.amirafarhana.com

    Mereka masih baru. Ada yang belum mulakan pengisiannya lagi!. Tak apa. Mereka dah ambil langkah pertama. Kami akan bimbing mereka sehingga mahir. Itu janji kami.

    Zakaria Mohamad.

  4. ktomon 24 Apr 2007 at 4:11 pm

    En Zakaria, nampaknya cam anda dah pro dlm bidang ni. Baguslah tu…niat murni anda itu insyaallah diberkati Allah.

  5. Zakaria Mohamadon 24 Apr 2007 at 6:15 pm

    Terima kasih ktom. Belum pro lagi!. Masih banyak yang perlu dipelajari!. Saya banyak terhutang budi kepada SmatZul dan rakan-rakan yang banyak memberi dorongan. Saya yakin saya boleh berjaya di dalam bidang baru ini. Insya Allah.
    Zakaria Mohamad.

  6. Syahieraon 24 Apr 2007 at 8:10 pm

    tahniah Pa.. nantikan post-post terbaru di Syahiera.com. Kembali bersemangat untuk ke dunia blog.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply