.. ..

POTENSI DIRI MELAYU

Zakaria Mohamad December 20th, 2008

Semua orang sedang menunggu era kebangkitan Islam. Ada orang yang sangat yakin bahwa Bangsa Melayu akan bangkit memberi impak yang tersendiri terhadap kebangkitan Islam seluruhnya. Apakah benar Bangsa Melayu mempunyai peranan besar di zaman ini? sedangkan kita masih dapat melihat akan kelemahan Bangsa Melayu dalam pelbagai bidang kehidupan masa kini. Bagaimanakah cara untuk mengatasi semua permasalahan ini dan siapa yang harus memulakannya??.

Para pemimpin?, ulamak?, cendikiawan Melayu?, Usahawan Melayu?, atau harus dimulai dari diri kita sendiri?. Banyak pihak cuba menyalahkan musuh diatas segala kelemahan dan kegagalan bangsa kita selama ini. Lantas seruan Jihad mudah sekali diterima sebagai suatu seruan agama yang mesti dilakukan tanpa banyak soal dan kajian. Bagi saya, musuh yang utama adalah ‘di dalam diri kita sendiri’. Artinya, kita harus mampu berperang melawan kemiskinan mental yang sekian lama telah membelenggu keluarga dan bangsa kita.

Kemiskinan mental adalah suatu keadaan atau tahap pemikiran dan kejiwaan dimana seseorang itu dipenuhi dengan tabiat dan kebiasaan negatif seperti pemalas, perangsa buruk pada orang lain, iri hati dan dengki khianat kepada kejayaan orang lain.

Miskin mental juga ditunjukkan dari perilaku yang tidak disiplin, tidak ada keyakinan diri, tidak amanah, tamak, tidak mahu menerima teguran, tidak mahu membaiki diri atau tidak punyai cita-cita hidup. Seandainya setiap orang dari Bangsa Melayu, mulai saat ini bangkit membangunkan potensi diri sendiri dengan menamatkan kemiskinan mental, sebaliknya berjuang menuju kepada kekayaan mental sepenuhnya.

Seseorang yang punyai kekayaan mental pastinya mampu menghadapi cabaran zaman dan servive dalam kehidupan yang semakin mencabar kini. Kita harus mulai dari sekarang dan memulainya dari diri masing-masing!!.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

3 Responses to “POTENSI DIRI MELAYU”

  1. gsx550on 02 Jan 2009 at 11:42 am

    salam bro,should promote your blog to others HPA’ain, to unfold our MALAY to be! sad to see most of HPA’rian especially at east coast do not behold as one HPA, if you re not my downline “yours is yours”- what to do?.. anyway salam maal hijrah to you and all famliy members.apa harapan 1430 ni?

  2. Zakaria Mohamadon 02 Jan 2009 at 4:17 pm

    Harapan saya semoga semua HPA members and families lebih cemerlang di tahun 2009 yang semakin mencabar ini!!

  3. hasellusibyon 05 Feb 2009 at 4:17 am

    salam..

    semakin hari semakin kita menghampiri ‘pintu kebangkitan’…
    ada yang mengatakan, kita sudah pun menjejak kaki ke pintu itu tapi masih belum melangkah lagi..

    tapi, biarpun begitu, sedikit demi sedikit kebangkitan secara senyap atau saya namakan evolusi senyap ini mulai berluasa..

    ada yang mencari gali sejarah yang telah di hitamkan
    ada yang risaukan keadaan sekarang yakni isu semasa yang semakin runcing
    ada yang menunggu masa depan yang gemilang

    segalanya berkaitan dengan masa depan yang di tunggu-tunggu.
    persoalannya…
    apa yang telah kita sumbangkan dalam evolusi senyap ini?
    kita pun tidak tahu, msa bilakah kita akan ‘melangkah’ untuk tapak pertama dalam perubahan secara besar-besaran ini..

    maaf dari hamba yang faqir

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply