.. ..

SELAMAT BERPUASA

Zakaria Mohamad September 3rd, 2008

Yang pertamanya, saya memohon jutaan maaf kepada semua kerana telah lama meninggalkan blog ini tanpa diusik. Bukan tujuan saya untuk berbuat demikian, tapi oleh kerana blog saya dimasuki virus. Ya blog saya dimasuki virus. Saya amat kecewa dan mengambil masa yang lama untuk membetulkannya. Kini segalanya dah selesai dan tiada virus lagi.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam walau dimana saja mereka berada. Semoga di bulan ini akan memberikan kita keinsafan dan kekuatan untuk membetulkan diri kita dan lebih mudah untuk menghulurkan kemesraan dengan orang lain walaupun berlainan kelompok dan agama dengan kita.

Sesugguhnya puasa telah diwajibkan kepada umat-umat terdahulu. Antara lain, rahsia yang tersirat disebalik ibadat puasa ialah menguatkan spiritual atau kerohanian seseorang. Dikatakan bahawa puasa ada terdapat dalam kesemua agama.

Selain dari ibadat puasa selama 30 hari dalam bulan Ramadhan, ada orang berkekalan mengamalkan puasa sunat pada setiap hari isnin dan khamis. Alangkah hebat dan berbahagianya mereka. Dalam pada itu, kini banyak dibicarakan mengenai ‘Terapi Puasa’ untuk kesihatan. Ia diamalkan dalam banyak budaya dan masyarakat dunia sekarang. Ada yang dikenali sebagai fruit fasting, juice fasting, water fasting dan sebagainya. Di sepanjang hari mereka tidak makan minum kecuali buah-buahan, juice atau air sahaja.
Walaupun mereka mengamalkan ‘Terapi Puasa’ hanya untuk kesihatan, tetapi hasilnya amat mengkagumkan sekali. Ada pesakit-pesakit kronik seperti kanser yang telah sembuh sepenuhnya dengan izin Allah selepas mengamalkan ‘Terapi Puasa’ ini.

Sempena kedatangan Ramadhan kali ini, saya cuba menggabungkan ibadat puasa saya dengan ‘Terapi Puasa’ ini. Apa yang saya lakukan ialah bersahur dan berbuka puasa dengan buah-buahan dan air sejuk sahaja. Isteri saya juga tidak mahu ketinggalan. Kami berdua bersahur dan berbuka secara simple sahaja. Alhamdulillah, setakat ini, kami rasakan cergas dan sihat seperti biasa saja. Malah ini bukan kali pertama kami lakukan. Kami pernah melakukan dalam bulan-bulan Ramadhan yang lalu.
Sebenarnya, dalam hal ‘Terapi Puasa’ ini, telah lama kami mengkaji dan mengamalkannya. Saya sendiri pernah melatih diri berhenti dari memakan nasi sebagai makanan ruji harian. Saya dapat melakukan selama lima tahun berterusan. Dalam tempoh itu, saya juga tidak memakan apa-apa jenis daging.

Mulai Ramadhan kali ini, saya berazam untuk mengubah cara permakanan harian saya sepenuhnya selepas ini. Saya benar-benar berazam untuk mengamalkan cara hidup ‘Vegetarian’ sepenuhnya. Maknanya saya berazam untuk berhenti terus dari memakan nasi dan sebarang daging sepanjang hidup saya selepas ini, insya Allah.

Dalam usia yang sudah menjangkau 52 tahun, saya perlu menjaga kesihatan, kecergasan dan kecerdasan. Memandangkan sukarnya hendak menjaga mutu makanan yang benar-benar halal, bersih dan berkhasiat yang ada dalam pasaran sekarang, saya kira keputusan saya untuk mengamalkan cara hidup ‘vegetarian’ adalah tepat. Saya yakin dengan apa yang saya lakukan..

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply