.. ..

SELAMAT DATANG KE TERENGGANU

Zakaria Mohamad July 15th, 2009

Selamat datang ke Negeri Terengganu Darul Iman. Negeri yang dicatitkan oleh sejarah melalui Batu Bersurat yang dipahat di atasnya hukum-hukum Islam, hukum-hukum amalat dan hukum-hukum jenayah dan peratutan-peraturan faraid.

Sejak beratus-ratus tahun yang lalu, dicatitkan pada Batu Bersurat dalam Bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Sanskrit, hari pertama Jumaat di Bulan Rejab di Tahun Seratan di kala Baginda Rasulullah telah lalu 702 (tahun).

Catatan pada Batu Bersurat Terengganu dengan tulisan Jawi bertarikh 22 Februari 1303/4 Rejab 702 A.H. yang membuktikan bahawa pelaksanaan Hukum Jenayah Islam di bawah Undang-undang Islam di Terengganu adalah antara yang terawal di Malaysia. Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam. Walaupun merupakan negeri terakhir menerima campurtangan penjajah Inggeris, hukum Islam telah diganggu dan dihapuskan di Terengganu pada tahun 1928,

Ketika itu, umat Islam Terengganu tidak mudah tunduk dan menyerah. Mereka telah bergabung dengan ‘Orang Hulu’ menentang peraturan Inggeris melalui demonstrasi petani pada tahun 1928. Sebelas (11) orang telah terkorban oleh peluru penjajah walaupun mereka tidak memiliki apa-apa senjata. Haji Abdul Rahman Limbong dituduh, ditangkap dan dihukum oleh penjajah Inggeris.

Hari ini, Terengganu dipimpin lagi oleh Warisan Zainal Abidin. Juga selaku DYMM Yang diPertuan Agong bagi Negara Malaysia. Semoga semangat Zainal Abidin akan bangkit kembali di Terengganu dan bumi Malaysia ini.

Sudah tiba masanya, segala maksud, makna dan rahsia di sebalik setiap patah perkataan yang terukir pada Batu Bersurat Terengganu itu digali dan dikaji semula oleh generasi Islam masa kini. Sudah tiba masanya para sarjana Islam mengkaji semula segala amalan lama yang masih sesuai untuk diguna pakai semula di zaman globalisasi ini.

Selamat Datang ke Terengganu. Kami menyambut kedatangan anda!!.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply