.. ..

TAMRA.. TERENGGANU PERTAMA ADA..

Zakaria Mohamad October 29th, 2009

….Tuhan Mendudukkan Tamra di Benua Terengganu Adi Pertama Ada….

Sheikh Muhammad al-Baghdadi, ahlul bait yang juga penulis Batu Bersurat ini telah meletakkan piagam atau suatu cap mohor bahawa Islam sekali lagi akan bangkit bermula dari bumi Terengganu. Terengganu dari sebuah negeri yang kecil dengan pegangan ketauhidan dan keislamannya telah berkembang menjadi sebuah ‘benua’ sebagaimana yang tertulis di Batu itu.

Negeri berpanji hitam inilah sebagai penggerak akan kebangkitan Islam di akhir zaman.

Sabda Rasullulah:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)

Dari Hulu Terengganu ahlul bait Waliyullah Sheikh Muhammad al-Baghdadi telah menyusur turun beberapa ahlul bait terdahulu seperti Tok Pauh di Kg Pauh, Kuala Berang kemudian menuju ke Kuala Terengganu menurunkan ahlul bait Tok Ku Pulau Manis dan Tok Ku Paloh.

Susur galur keturunannyalah yang akan mengibarkan panji-panji hitam kebangkitan Islam akan datang.

Sharif Muhammad al-Baghdadi dipercayai penulis Batu Bersurat dengan jelas telah meramalkan akan kebangkitan Islam akan datang.

Makam ahlul bait pertama yang dapat dikesan dipercayai Makam Shariff Muhammad al-Baghdadi yang terletak di Hulu Terengganu. Ahlul bait ini turun takhta di Baghdad kerana mengambil jalan wara’.

Suatu kenyataan yang jelas, terukir di Batu itu bahawa kesinambungan amalan warisan Rasulullah itu telah bersambung di rantau sebelah sini setelah sekian lama bertapak di bumi Arab.
Petikan Dari: Adi Sarwajagat

Nota:
Bakal pengganti Dato’ Seri Najib dikatakan sebagai zaman peralihan buat bangsa Melayu berdasarkan senario di zaman terakhir(R.A.H.M.A.N) Zaman yang akan beralih arah ke zaman pemerintahan Sistem Kekhalifahan Islamiah buat kali kedua. Wallah hua’lam..

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb

2 Responses to “TAMRA.. TERENGGANU PERTAMA ADA..”

  1. Kenchana_mdon 30 Oct 2009 at 9:24 am

    Ini kenyataan aku ni. Aku ada tulis kat forum atasbawah.com kat sini:
    http://forum.atasbawah.com/viewthread.php?tid=618&extra=page%3D1

    Untuk pengetahuan tuan Sharif Muhammad al_Baghdadi itulah Muhammad bin Abdullah yang disebut-sebut Rasulullah itu. Dia ada dialam ghaib.

    Mengkut sejarah Dia seorang raja dan turun takhta di Baghdad kerana mencari jalam wara’. Orang Shi’ah memanggilnya al-Mahdi al-Muntazar. Dia ghaib di Baghdad dan muncul di Ulu Trengganu. Memakai laqab Muhammad al-Baghdadi kerana tidak mahu dikenali orang. Ada disebut oleh Radhi Shafie dalam bukunya Bepetualang Ke Aceh.

    Dia adalah guru Sunan Muria salah seorang wali songo yang terkenal itu. Dia adalah orang yang berperanan penting dalam penyebaran Islam di Kepulauan Melayu Nusantara 700 tahun dahulu (catatan Batu Bersurat ditahun 1303M atau 702H).

    Manusia seperti kita macam kita mengguna kereta, setiap 5000 km kita kena tukar minyak hitam supaya kereta itu smooth dan baik. Setiap 10 th kita kena ‘overhauled’ supaya kereta itu berjalan baik seperti sediakala. Begitulah manusia setiap awal 100 tahun ada mujaddidnya (kena tukar minyak hitam) yang memperbaharui kembali agamanya sebagaimana amalan Rasulullah dan sahabatnya, manakala setiap 700 tahun kena overhauled manusia itu.

    Overhauled pertama dalam fasa akhir zaman dilakukan oleh Rasulullah, overhauled kedua oleh Sharif Muhammad al-Baghdadi (zaman keagungan Melaka/Wali Songo). Jarak diantara Nabi Isa dengan Rasulullah lebihkurag 700 tahun Hijrah. Jarak zaman Rasulullah dengan zaman keagungan Melaka/Wali Songo lebihkurang 700 tahun (tulisan di Batu Bersurat adalah lebihkurang 700th) dan jarak keagungan Melaka/Wali Songo dengan kita sekarang lebihkurang 700 th/1430 H. Allah suka yang ganjil.

    Rasa saya overhauled ini berlaku dalam 3 kali. Overhauled ke 3 berlaku diakhir zaman dengan petanda kemunculan kalimah ‘Allah’ di angkasa sebagai suatu petanda kebangkitan Islam yang disebut-sebut Rasulullah itu. Maklumat ini tidak diketahui orang melainkan diberitahu kepada keturunannya melalui suatu mimpi.

    Sejak dulu lagi komunikasi Allah SWT dengan manusia pilihannya adalah melalui suatu mimpi dan alamat-alamat ghaib sebagaimana yang dialami Ibrahim, Yaakub, Musa dll. Sekian

  2. wan muliyadion 17 Jul 2010 at 2:25 am

    assalamualaikum wrth.

    apa pendapat ttg ayat…adi pertama…itu di batu bersurat? apa maksud adi pertama di situ? saya tanya bukan sbb org panggil saya adi

    2-siapa dia raja mandalika?

    3-mengikut berita2/maklumat2 yg ada pd saudara, agak2 bilakah Imam Mahadi akan muncul utk isytiharkan beliau?

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply