HUKUM TARIKAN

Buku The Secret (karya Rhonda Byrne) dan Law of Attraction (karya M. J. Losier) banyak mempengaruhi pemikiran penduduk dunia. Apakah pandangan Islam dalam hal ini?.

Sebenarnya, ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu telah diajarkan Allah dan Rasulullah beberapa abad yang lalu. Malah, sekiranya kita perhatikan dan fahami Quran serta sunah nabi, kita tentu dapat menemukan banyak Hukum Tarikan di dalamnya. Penjelasan dan bukti-bukti Hukum Tarikan dalam Quran jauh lebih baik, lebih sempurna dan tidak menyesatkan.

Quran juga membimbing kita memanfaatkan Hukum Tarikan dengan baik dan sederhana. Semua orang dapat mempraktikkannya. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap ini, saya yakin kita terbimbing menuju ‘Puncak” kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Kajilah Hukum Tarikan yang sesuai dengan nilai-nilai Quran. Kita tentu tidak sesat menjalani kehidupan ini. Sekali lagi saya ingin katakan, kita mencapai kejayaan yang sebenarnya iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.

Hukum Tarikan sebenarnya sedang bekerja dalam kehidupan kita. Ia benar-benar wujud dan kita dapat rasa dengan setiap hembusan nafas kita. Cuma kita kurang bertindak balas ataupun tidak menyedari kewujudannya.

Jadi, apakah sebenarnya Hukum Tarikan itu? Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran samada perkara positif ataupun negetif, akan datang dalam kehidupan kita. Itulah definisi Hukum Tarikan.

Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang kita pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negetif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran kita. Dengan perkataan lain, ‘ketika kita memikirkan sesuatu’ hukum itu mengatakan ‘kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita.’

Hukum Tarikan menarik apa yang sering kita fikirkan, samada kita menginginkan ataupun tidak. Jadi, jika kita selalu memikirkan perkara-perkara yang kita suka, kehidupan kita akan dipenuhi dengan perkara-perkara itu. Sebaliknya, apabila kita memikirkan perkara yang tidak kita sukai, perkara itu bakal memenuhi kehidupan kita.

Justeru, kita mesti berhati-hati ketika memikirkan mengenai kehidupan. Jika kita fikir yang kita tidak mungkin mendapat kebahagiaan dalam kehidupan hanya kerana kita dilahirkan dalam keluarga miskin, persekitaran kita bertindak balas pada ucapan kita itu. Tanpa disedari, kita mengundang tenaga negetif memasuki alam ketidaksedaran kita. Akibatnya, kehidupan kita tidak mengalami apa-apa perubahan dan kita terus hidup dalam kemiskinan. Kita tidak mahu perkara ini berterusan dalam hidup kita.


One Response to “HUKUM TARIKAN”

  1. aura says:

    Terima kasih diatas informasi ini..ianya amat berguna pd kehidupan ini bagi yang inginkan kebahagiaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

comments-bottom

Featured Photos

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
BERWAJAH BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses

Random Photos

SELAMAT HARI RAYA AI... Posted by author icon Zakaria Mohamad Sep 30th, 2008 | no responses
BELIEVE IN GOD Posted by author icon Zakaria Mohamad Oct 31st, 2007 | no responses
MARINA MAHATHIR R... Posted by author icon Zakaria Mohamad Oct 30th, 2007 | no responses

Top Rated

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad
WARTAWAN KERJA MULIA Posted by author icon Zakaria Mohamad