Apa itu kejayaan sejati?. Ramai orang kita masih beranggapan, bahawa kejayaan sejati atau kejayaan hakiki hanya apabila bersama Tuhannya. Apa pendapat anda pula?. Apabila anda hanya mencari kejayaan sejati hanya dengan mendekti Tuhan anda, maka secara langsung anda akan merasakan kejayaan duniawi sebagai kurang penting!. Ini yang bahaya. Mulai hari ini, anda perlu fikirkan semula apa erti “Kejayaan Sejati”. Bagi saya .. kejayaan sejati ialah kejayaan di akhirat dan kejayaan di dunia ini juga. Kedua-duanya sekali.
Apakah ertinya kejayaan sejati, atau kejayaan hakiki jikalau di dunia ini kalau kehidupan kita tidak aman. Apa ertinya kejayaan sejati kalau kita terpaksa melutut dan menyembah kepada musuh-musuh kita? Lihatlah apa yang sedang berlaku di serata dunia sekarang. Perang dan krisis di mana-mana. Apakah ia tidak akan merebak ke tempat kita?. Bagaimanakah nasib dan masa depan anak cucu kita?. Apakah kita redha kalau mereka terpaksa melutut kepada musuh-musuh kafir untuk mendapatkan sesuap nasi dan tempat perlindugan. Kita semua mesti bersiap untuk mati, tetapi pada masa yang sama kita mesti menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Inilah tugas kita. Inilah taggungjawab kita. Inilah erti kejayaan sejati!. Bangkitlah! Bangkit membina kejayaan dan kecemerlangan! Bangkit membina kekuatan ‘Dalaman & Luaran’ anda!. “http://www.youtube.com/v/DMld7dVzknA”