KEMISKINAN SUATU DOSA

Kemiskinan suatu dosa !. Itulah ucapan dan kata-kata oleh pengasas syarikat Meliliea international semasa saya menghadiri kursus “Stay Young & Rich” pada kira-kira dua tahun yang lepas. Saya jadi terkejut dan tergamam seketika dengan kata-kata itu.. Beliau bercakap tentang dosa. Kemiskinan suatu dosa katanya dengan bersungguh-sungguh dan penuh yakin. Sebagai seorang penceramah, dia cukup yakin dengan apa yang diucapkannya.

Kata-kata sebegini bercanggah dari apa yang diajar oleh arwah ibu sejak saya masih kecil. Arwah ibu selalu berkata kepada saya “Apa hendak dikejar pada dunia. Apa guna dikejar kekayaan, kerana kita akan mati jua”. Saya bukanlah bersetuju sangat dengan kata-kata arwah ibu, apatah lagi bukan senang nak dapat duit belanja harian dari ibu atau bapa. Hidup kedua mereka amat sederhana.

Ya, saya tidak bersetuju dengan kata-kata dan pendekatan arwah ibu & ayah yang tidak kaya, atau tidak “senang” seperti keluarga orang lain. Betapa tidak, saya masih tidak dapat melupakan hari-hari yang perit mengharungi zaman persekolahan saya dengan wang belanja yang sangat terhad. Keluarga tidak kisah kalau saya tidak mahu terus bersekolah tetapi saya yang berkeras mahu terus bersekolah. Selepas selesai peperiksaan SPM, saya menangis teresak-esak depan ibu. Saya tidak dapat menahan kesedihan mengingatkan keperitan persekolahan yang terpaksa saya lalui kerana memilih untuk terus bersekolah. Semoga catatan ini menjadi pedoman bagi anak-anak ku apabila mereka membacanya. Mungkin mereka tidak sedar kerana kesemua mereka dapat melanjutkan pelajaran ke universiti dengan mudah dan keperluan yang terjaga.

Semasa saya belajar di UiTM, (ketika itu ITM) arwah ibu tidak dapat membantu sepenuhnya kerana sememangnya ibu tidak mampu. Ketika itu, bapa telah tiada. Arwah abang yang bekerja sebagai kerani sekolah sanggup memikul beban mengganti ayah. Itupun sekadarnya saja, kerana dia juga mempunyai anak-anak yang perlu ditanggung. Saya belajar di UiTM sehingga tamat memiliki diploma.

Sesungguhnya, kemiskinan amat memeritkan. Kemiskinan menghalang kretiviti. Kemiskinan banyak mengajar saya tentang keluarga dan kehidupan. Kemiskinan juga menyebabkan saya banyak mengkaji tentang peranan agama dan ketuhanan. Banyak kekeliruan berada dalam kepala saya ketika itu tentang permasalahan miskin dan kaya. SAya jadi selesa, apabila ada guru yang menceritakan tentang kisah hidup Nabi dan pendokong agama yang hidup sederhana, miskin dan susah. Mereka tidak mementingkan duniawi. Namun hati kecil saya pernah menyoal sendirian kenapa Allah jodohkan Nabi Muhamad saw dengan Siti Khadijah yang kaya raya?. Apa hikmahnya?. Persoalan ini menyebabkan saya banyak pula mengkaji bagaimana Allah membenarkan nabi Sulaiman hidup kaya raya?. Bagaimana pula Rasulullah membenarkan Abd. Rahman bin Auf memiliki harta yang banyak?. Sesungguhnya Islam dan agama tidak menghalang kemajuan dan hidup kaya. Apa lagi kalau kekayaan itu digunakan pula untuk kebaikan agama, keluarga dan masyarakat.

Dalam hal ini, mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir ada mengatakan bahawa kemiskinan tidak bermakna seseorang itu hampir dengan tuhannya. Rupanya umat Islam telah jauh tersasar dari tuntutan Islam yang sebenar. Umat Islam dikatakan sebagai umat yang terbaik, namun kehidupan kita jauh ketinggalan, malah umat Islam ditindas di mana-mana. Kita mesti keluar dari kepompong sempit minda kita sendiri. Dalam zaman kemelesetan ekonomi global sekarang, umat Islam mesti bekerja keras, meningkatkan usaha untuk berubah sambil mengharapkan keredhaan Allah swt.

Pengalaman saya berada di bumi suci mekah dan madinah semasa menunaikan ibadat haji pada 2 tahun yang lalu amat indah dirasakan. Kehebatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan segala keperluan pengunjungnya amat menginsafkan saya. Pihak pemerintah Arab Saudi membelanjakan berbillion ringgit untuk memberi keselesaan kepada para “tetamu Allah”. Tanpa wang yang banyak, umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa..

Berbalik kepada tajuk ” Kemiskinan Suatu Dosa” yang diucapkan oleh pengasas Melilea International. Seorang jutawan yang telah berjaya melahirkan ramai jutawan di Malaysia dan negara-negara lain. Apa yang menarik ialah, pengasas Melilea International bernama Dr. Alan Wong. Tentunya bukan beragama Islam. Mungkin disebabkan kerana beliau bukan beragama Islam, maka para peserta kursus beliau tidak mempersoalkan samada kata-kata beliau itu betul atau salah dari sudut agama. Namun, saya sendiri cukup terkesan dan cukup yakin dengan kata-kata Dr. Alan Wong itu. Bagi saya, kata-kata itu tidak jauh bezanya dengan kata-kata nabi kita sendiri, iaitu “Kemiskinan itu hampir dengan kekufuran”.

Lebih dahsyat lagi, orang miskin bukan setakat menghampiri kekufuran, malah mungkin akan menjadi pengacau dan pengkhianat kepada orang lain demi untuk terus hidup. Orang miskin akan meninggalkan zuriat yang “miskin”. Orang miskin akan meninggalkan zuriat yang tidak cukup makan. Orang miskin meninggalkan zuriat yang tidak cukup ilmu untuk hidup dan beramal. Zuriat mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini walaupun terpaksa merompak dan membunuh orang lain !!.

Ya Allah, kami tidak mahu anak-anak kami mewarisi kemiskinan datuk nenek mereka. Kami juga tidak mahu anak-anak bangsa kami terus berada dalam kerendahan dan kehinaan. Untuk itu kami berusaha berikan mereka ilmu, bimbingan dan dorongan agar mereka mampu berdikari dan berjaya mengharungi zaman mereka yang lebih mencabar dari zaman kami ini.

KEMISKINAN SUATU DOSA!!

Terima kasih Dr. Alan Wong kerana telah banyak memberi kesedaran dan kekuatan kepada kami untuk membangunkan sebuah keluarga dan masyarakat yang lebih bahagia.


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    comments-bottom

Featured Photos

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
BERWAJAH BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses

Random Photos

ENERGY HEALING Posted by author icon Zakaria Mohamad Nov 4th, 2007 | no responses
DINAR TEGANU Posted by author icon Zakaria Mohamad Nov 1st, 2011 | no responses
SELF HEALING THROUGH... Posted by author icon Zakaria Mohamad Nov 12th, 2007 | no responses

Top Rated

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad
WARTAWAN KERJA MULIA Posted by author icon Zakaria Mohamad