Segalanya bermula dari dalam. Untuk bangkit dan berubah, seseorang itu perlu bangkit dan berubah dari dalamannya. Ramai orang membuat ikrar untuk berubah dan berjaya, tetapi ikrar mereka entah hilang kemana. Paling mudah, ramai orang janji nak berhenti merokok, tetapi kenapa tak boleh berhenti?. Jawabnya ialah dirinya sendiri yang lemah untuk berhenti. Dia tidak ada kekuatan untuk membuang rokoh dari dirinya. Dia tidak ada kekuatan untuk menolak pelawaan dari rakan sebayanya. Untuk berjaya anda perlu membina kekuatan baru. Satu kekuatan yang sebenarnya sudah ada di dalam diri seseorang. Cuma dia tidak sedar dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Sebab itulah datuk nenek kita sering bersendirian setiap kali lepas solat. Mereka sering bersendirian. Mereka ‘berkhalwat’. Mereka berzikir. Di malam hari mereka ‘bersatu’ dengan Tuhannya.. Di siang hari, mereka jaga apa yang mereka makan(permakanan) seharian. Mereka jaga pertuturan.. Mereka jaga akhlak dan sebagainya..=”http://www.youtube.com/v/-az_Ihpukec“>. Teruskan membaca
Datuk nenek kita sering ‘bertafakkur’, bersunyian diri untuk ‘bersama’ dengan Tuhan. Bangsa lain ada pelbagai kaedah dan cara kearah itu, mereka ada meditasi, yoga dan lain. Tetapi kita Orang Islam ada cara kita. Cuma kita gali semula amalan datuk nenek kita itu. Malangnya, di hari ini semua itu seolah-olah telah tiada dan tidak diamalkan lagi. Semua orang sibuk dengan hambatan kehidupan duniawi moden. Saya sarankan kepada semua orang agar selalu ‘bertafakkur’ dan bermuhasabah diri agar diri kita dekat dengan Tuhan, disamping dapat membangkitkan potensi diri dalaman anda. Sesungguhnya diri dalam kita sangat hebat. Semua bangsa maju di dunia mengkajinya. Saya sendiri telah lama melibatkan diri adalam aktiviti sebegini. Kami namakannya sebagai SANTABI. Satu perkataan yang terdapat di Batu Bersurat Terengganu. Insya Allah, saya akan berkongsi segala pengalaman dan kemahiran saya kepada anda semua melalui internet ini. Sabar ye?. Saya sendiri pun sedang memahirkan diri dengan internet juga!. Untuk tidak menghampakan anda semua, saya sediakan satu ruangan khas kepada anda yang berminat untuk memahami konsep potensi diri dalaman di: http://santabi.blogspot.com . Apabila tiba waktunya nanti, saya akan perturunkan segala cara untuk Santabi ini secara praktikal kepada anda semua.