MASA UNTUK BERUBAH

Masa untuk berubah telah tiba.  Keadaan ekonomi dikatakan semakin tidak menentu.  Pakar-pakar ekonomi dunia semakin sukar meramal dan merencanakan pembangunan ekonomi mengikut perspektif lama.  Semua pihak sedang mencari suatu alternatif baru untuk berubah.  Berubah dari keadaan lama yang terlalu bergantung kepada sistem ekonomi Barat yang berat sebelah.  Sistem ekonomi yang hanya menguntungkan mereka dan merugikan pihak lain.  Permainan sendiri wara mereka telah tamat.

Kini adalah masa untuk umat Islam beruah.  Umat Islam mesti berubah bangkit menjadi umat pilihan yang mengatur ekonomi dunia.  Dengan kuasa minyak dan segala sumber bumi yang ada, negara-negara Orang Islam mampu untuk mencorakkan arah tuju ekonomi yang baru dan lebih cemerlang tanpa dikongkong oleh mana-mana kuasa besar dunia.

Umat Islam mesti bersedia untuk berubah dibidang ekonomi.  Umat Islam mesti bangkit menjadi umat yang maju dan tidak lagi meminta-minta untuk hidup.  Kita sebagai orang Islam tidak boleh lagi mengharap belas ihsan orang lain untuk membangunkan keluarga kita.   Kita sendiri mesti bangkit untuk melakukan perubahan, membina kejayaan dan kecemerlangan keluarga kita.

Ceburilah sesuatu bisnes yang mampu merubah kehidupan anda.  Pelbagai bisnes yang ada disekeliling kita yang boleh direbut peluang.  Ada yang memerlukan modal besar, ada yang tidak memerlukan modal besar.  Ada yang memerlukan kemahiran tinggi, dan ada yang tidak mementingkan kemahiran serta pengalaman berniaga.  Dalam keadaan ini, ramai orang kita yang mulai berjinak dengan perniagaan franchais dan MLM.  Kepada yang telah lama melibatkan diri dalam bidang ini, saya harap anda perlu meningkatkan usaha agar kejayaan yang lebih besar akan lebih teserlah.

Kepada ahli-ahli HPA, inilah masa kita perlu meningkatkan usaha agar HPA benar-benar menjadi sebuah syarikat MLM yang berteraskan syariah dan benar-benar disegani dinegara kita.  Saya masih baru dalam dunia HPA.  Potensi yang ada dalam HPA sangat besar dan hebat sekali.  Barangan halal yang dihasilkan sendiri oleh umat Islam wajar dijadikan kekuatan untuk ahli-ahli HPA bangkit membina kejayaan didalam perniagaan ini.  Perniagaan adalah perjuangan.  Ahli-ahli HPA perlu berjaya dalam perniagaan ini memandangkan kita telah memilihnya sebagai teras perjuangan kita. Selamat berjuang saudara ku sekalian..


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

comments-bottom

Featured Photos

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
BERWAJAH BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses

Random Photos

WEALTH THEORY Posted by author icon Zakaria Mohamad Apr 13th, 2007 | one response
SALAM UNTUK SEMUA Posted by author icon Zakaria Mohamad Oct 27th, 2011 | no responses
ISLAMIC HEALING Posted by author icon Zakaria Mohamad Aug 1st, 2007 | no responses

Top Rated

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad
WARTAWAN KERJA MULIA Posted by author icon Zakaria Mohamad