Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas segala rahmat dan nikmat yang diberi. Hari ini, blog ini berwajah baru dengan menampilkan gambar-gambar yang lebih terang. Di samping itu, saya mahu keluar dari dewan-dewan ceramah, dengan menjadikan pentas dunia sejagat ini sebagai pentas baru saya untuk berkongsi idea, pendapat dan motivasi. Saya kini seorang penceramah motivasi maya. Saya kini seorang penceramah motivasi global. Motivasi bukan sebagai kerjaya utama, tetapi motivasi sebagai hobi dan sumbangan saya kepada masyarakat. Kalau dulu, saya lakukan pekerjaan saya sebagai kerjaya yang menuntut wang dan rezeki, namun kini saya lakukan segalanya sebagai mencari keredhaan Allah jua. Insya Allah.
Semoga anda selalu datang kesini.. Terima kasih.