CHAKNA & KASIH

Bolehkan aku berjaya dalam dunia MLM?.   Bolehkan aku berjaya dalam sesuatu syarikat jualan langsung yang baru diceburi?.   Soalan itu sering bermain di dalam kepala setiap orang apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini.  Perniagaan jualan langsung atau MLM nampak mudah dan glamor, namun ramai yang kandas ditengah jalan.  Sedikit sekali yang berjaya meraih kejayaan, sedangkan yang lain terkial-kial mencari  arah.  Lantas ramai yang suka beralih dari satu syarikat kesatu syarikat yang lain.

Di Malaysia kini terdapat banyak syarikat MLM, samada yang didaftarkan di dalam negara atau yang datang dari luar.  Mereka menjanjikan pelbagai ganjaran,  pengetahuan dan pendapatan yang lumayan.  Namun untuk mengapai segala impian itu memerlukan satu kekuatan dan kemampuan yang hebat sekali.   Oleh itu, mereka yang hebat sahaja boleh berjaya.  Mereka yang lemah semangat akan terkulai dan kalah separuh jalan lalu mencari pelbagai alasan bagi menutup kelemahan diri.

Mereka yang berjaya di dalam bidang ini mempunyai kemahiran dan bakat yang tersendiri.  Perniagaan dalam dunia MLM tidak sama dengan perniagaan barangan satu tingkat(single level).  Orang yang lemah menumpukan kepada barangan yang dijual.  Manakala mereka yang hebat menumpukan kepada orang bawahan mereka.  Ya.. satu golongan memberi tumpuan kepada barangan, dan satu kumpulan lagi memberi penekanan kepada orang dalam kumpulan mereka.

Sekiranya anda mahu berjaya cepat dalam dunia perniagaan MLM, tumpukan perhatian dan tindakan anda kepada manusia-manusia di dalam kumpulan anda.  Anda mesti mempertingkatkan kemahiran anda dalam mengajak, melatih dan mendidik mereka.   Dalam erti kata lain, anda perlu tumpukan lebih banyak masa dalam bidang perlatihan, dan bukannya menjual barangan semata-mata.

Dalam bidang perlatihan pula, kita didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah latihan dari seluruh pelusuk dunia.  Di sini  saya suka menyarankan agar kita Orang Melayu perlu bijak menggunakan kaedah yang selari dan sesuai dengan budaya kita sendiri.  Budaya kita indah, lembut dan bermaruah.  Lantas kita perlu mampu mengadaptasikan sebanyak mungkin keindahan, kelembutan budaya kita sendiri dalam memilih dan melatih para usahawan di dalam kumpulan kita.  Dalam hal ini, saya menggunakan pendekatan ‘CHAKNA & KASIH’.


One Response to “CHAKNA & KASIH”

  1. KATANA says:

    agreed 100%
    kita org Melayu sudah tidak kenal apa itu “Budi” dan “Bahasa”,
    apatah lagi “rangkaian Budi” ini tidak ditekankan dalam kehidupan dan pendidikan seharian,
    semoga Budi ini terus diperjuangkan dalam segenap ruang kehidupan.
    selamat Berjuang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

comments-bottom

Featured Photos

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
BERWAJAH BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses

Random Photos

DINAR TEGANU Posted by author icon Zakaria Mohamad Nov 1st, 2011 | no responses
ISLAMIC HEALING Posted by author icon Zakaria Mohamad Aug 1st, 2007 | no responses
VIDEO BLOG.. Posted by author icon Zakaria Mohamad Apr 29th, 2007 | no responses

Top Rated

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad
WARTAWAN KERJA MULIA Posted by author icon Zakaria Mohamad