Alhamdulillah, selepas perancangan yang panjang, maka lahirlah kini satu lagi jenama dinar di Malaysia iaitu “DiNAR TEGANU”. Ia memberi peluang dan pilihan kepada penggemar dan penyimpan dinar untuk menambahkan koleksi mereka. Dengan sokongan para pekerja mahir yang mempunyai pengalaman luas dalam pengeluaran dinar, maka dapatlah kami memulakan satu jenama baru iaitu “Teganu Dinar”. Kami memilih nama Teganu, sebab kami anak watan “Teganu”. Kami bermula di Teganu dan pusat operasi perniagaan kami terletak di Teganu. Saya yakin jenama DINAR TEGANU ini akan dapat diterima ramai sebagaimana popularnya Dinar Kelantan. Insya Allah..