MENGHADAPI ZAMAN KRISIS EKONOMI

Kini, semua orang sedang memperkatakan tentang zaman kemelesetan ekonomi global. Inilah zaman dikatakan Amerika sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat kritikal dan dikatakan akan memberi impak keseluruh dunia. Orang yang susah dikatakan akan bertambah susah. Mahu tidak mahu kita perlu memahami keadaan apa yang sedang berlaku sekarang dan membuat persiapan dimana perlu. Kita tidak boleh mengalah. Kita mesti bangkit menyelamatkan diri dan keluarga kita.

Aku berseru kepada diriku sendiri agar bangkit. Aku berseru kepada kaum keluarga ku agar berusaha untuk merubah diri dan bangkit dari segala kelemahan. Aku berseru kepada bangsaku juga agar bangkit dari kelalaian sendiri sehingga kaum-kaum lain mulai berani mencabar kita. Aku berseru kepada seluruh ummah diserata dunia agar berani bangkit memperbetulkan segala kelemahan lalu.

Allah hu akbar!. Allah hu akbar!. Allah hu akbar… Sudah sekian lama ummah dihina, diancam dan diburu. Kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana kelemahan kita sendiri. Walaupun kita ada badan antarabangsa seperti OIC, tetapi suara kita terlalu kerdil berbanding suara-suara kuasa dunia sekarang. Kita tidak mampu berbuat apa-apa kalau kita lemah. Kita tidak mampu berbuat apa-apa kalau kita miskin atau papa. Kita tidak mampu berbuat apa-apa kalau kita tidak berilmu..

Oleh itu, masanya sudah tiba. Saatnya telah sampai, dimana umat Islam mesti keluar dari kepompong kemiskinan yang membelenggu kita selama ini. Kita mesti bangkit mengangkat martabat dan maruah kita. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.. Umat Islam memerlukan satu kekuatan baru. Umat Islam memerlukan kekuatan ekonomi disamping kekuatan iman. Umat Islam mesti bersedia untuk menjadi kaya serta sanggup pula membelanjakan kekayaan kita untuk ummah kita yang sedang tertekan.

Sesungguhnya, memiliki kekayaan menjadi suatu kemestian masa kini. Para jutawan muslim diperlukan diseluruh penjuru dunia bagi membebaskan umat yang tersepit dan sedang menderita. Kita tidak boleh terus mengharap dan menadah tangan kepada musuh-musuh kita untuk membantu ummah. Musuh-musuh Allah datang dengan segala janji-janji manis yang pernuh dengan strategi untuk menghapuskan ummah dari lakaran dunia.

Kita sedar bahawa bukan sedikit umat Islam yang kaya-raya tetapi mungkin iman mereka masih lemah. Pemerintah Arab kaya raya belaka. Raja-raja Melayu juga tidak kurang hebatna. Mungkin mereka masih menunggu ilhamdan detik untuk bergerak kearah itu. Begitulah harapan kita..

Tidak kurang pula ramainya umat Islam yang mahu jadi kaya, tetapi langkah yang sering dilupakan adalah untuk membuat KEPUTUSAN untuk menjadi kaya. Mereka sering berdoa agar dimurahkan rezeki, tetapi mereka tidak pernah membuat keputusan untuk jadi kaya. Sesungguhnya, untuk menjadi kaya, seseorang Muslim perlu kepada:-

1) Menetapkan matlamat untuk jadi kaya atau bebas kewangan.

2) Mempunyai niat dan hasrat yang kuat untuk mencapai matlamat kewangan tersebut.

3) Mengharapkan bantuan Allah

4) Mempunyai perancangan dan gerak kerja yang rapi.

Tanpa suatu keputusan yang kukuh, anda berada dipersimpanan jalan. “Jadi kaya pun tidak mengapa, dan tak jadi kaya pun tidak mengapa”.

Mulai hari in, tetapkan keputusan anda untuk bangkit dan membebas diri dari masalah kewangan. Keputusan ini akan memberikan satu fokus baru kepada anda untuk mencapai matlamat anda. Selamat berjuang!!

dipetik dari blog “Jutawan Muslim”.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

comments-bottom

Featured Photos

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
BERWAJAH BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses

Random Photos

FIRST MALAYSIAN ANGK... Posted by author icon Zakaria Mohamad Oct 19th, 2007 | no responses
SELAMAT BERPUASA Posted by author icon Zakaria Mohamad Sep 3rd, 2008 | no responses
WHAT IS YOUR DREAM? Posted by author icon Zakaria Mohamad Aug 19th, 2007 | no responses

Top Rated

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad
WARTAWAN KERJA MULIA Posted by author icon Zakaria Mohamad