Muzik adalah alat terapi jiwa yang baik. Muzik adalah satu bahasa jiwa yang tidak mengenal batas sempadan geografi, bahasa dan budaya. Muzik mampu meredakan hati yang resah. Muzik mampu menaikkan semangat yang lemah. Terpulanglah kepada kita memilih muzik yang macam mana. Nabi Sulaiman, sebagai manusia yang paling kaya dalam sejarah umat manusia, adalah seorang penggemar muzik. Baginda dikatakan menggesa umatnya menggunakan muzik sebagai sumber terapi jiwa. Bila dalam keletihan, dan memandu seorang diri, saya sering menggunakan muzik yang kuat sebagai pembakar semangat, menghilangkan mengantuk dan penenang jiwa.
Saya setuju dengan pandangan tuan berkata “Muzik Terapi Jiwa”
kerana muzik yang asyik dan tidak melalaikan salah satu cara untuk menghilangkan stress. So..carilah muzik yang sesuai untuk menenangkan minda yang celaru, pasti akan tenang kembali.Cubalah….
Terima kasih.
dr aura
Saya ni, cuma main-main je letak lagu Hindi. Terpulanglah kepada kalian, lagu apa yang anda minati. Ada orang minat lagu-lagu puitis dan ketuhanan. Ada orang minat lagu-lagu klasik. Pendek kata.. terpulang pada diri sendiri. Bagi saya saya suka lagu “Senyap Sepi”
ZMohamad