PERUBATAN JAWI

Di Malaysia kini, terkenal dengan satu kaedah perubatan yang dikenali sebagai ‘Perubatan JAWI’ iaitu suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah swt yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketetapan (kemujaraban) penawar menjadi pengangan.

Ilahiyah bermaksud bahawa segala panyakit yang berlaku datangnya daripada Allah swt dan Allah swt jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: “Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Perawatan akan lebih berkesan apabila seseorang perawat itu sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah swt. Doa adalah intipati Perubatan JAWI. Tawakal merupakan pelengkap, sementara keberkesanan (kemujaraban)dan ilmu menjadi asas tindakan.

Alamiah ialah menggunakan sumber alami yang ada diatas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sumber alamiah menggunakan herba-herba terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah telah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad lamanya, dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

мебели стара загораBidang rawatan yang disediakan oleh Perubatan JAWI ini ialah terdiri daripada:1. Bekam
2. Akupuntur
3. Kiropraktik (Membetulkan tulang belakang)
4. Urut refleksologi
5. Urutan limfatik.

Manakala Perubatan JAWI mengdognos penyakit melalui cara:
1. Menilai saraf tapak tangan
2. Diognos anak mata
3. Diognos lidah dan denyutan nadi.

Apa yang menarik ialah Perawatan JAWI kini menawarkan siri pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan alternatif ini. Pihak Perubatan JAWI juga melalui syarikat Al-Wahida Marketing menyediakan pelbagai jenis ubat-ubatan yang berasaskan herba.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah menghubungi saya. Saya sendiri kini sedang asyik mendalami bidang baru yang sangat menarik ini. Saya sedia membantu.


2 Responses to “PERUBATAN JAWI”

  1. zulkeflee says:

    Salam.Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursusu di atas.mohon ustaz beri info lanjutan di tlian saya 019-6061806

  2. Rozana Binti Yassin says:

    Assalaamualaikum…

    Saya berminat utk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan ustaz. Saya boleh dihubungi melalui email diatas.

    Terimakasih.

    Wassalaam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

comments-bottom

Featured Photos

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
BERWAJAH BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses

Random Photos

Searching For Higher... Posted by author icon Zakaria Mohamad Jul 30th, 2007 | no responses
SELAMAT BERPUASA Posted by author icon Zakaria Mohamad Sep 3rd, 2008 | no responses
IMIGINASI POSITIF Posted by author icon Zakaria Mohamad Apr 7th, 2007 | 3 responses

Top Rated

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad
WARTAWAN KERJA MULIA Posted by author icon Zakaria Mohamad