Orang yang nak berjaya kena berani bercakap depan orang ramai. Orang yang berjaya ialah orang yang mempunyai kemampuan ‘menjual’ ideanya kepada orang lain. Bagaimana anda nak berjaya sekiranya anda masih malu-malu, segan dan takut untuk mengeluarkan pendapat kepada orang lain terutama di tempat yang terbuka?. Belajarlah untuk mengeluarkan pendapat dengan berkesan. Belajarlah untuk buat ‘Public Speaking’ depan khalayak. Semua ini boleh dipelajari dan dilatih. Tidak dinafikan ada insan diberikan keupayaan untuk bersyarah atau ‘public speaking’ dengan lancar walaupun ia tidak pernah belajar. Ini dinamakan anugerah Tuhan kepadanya. Kepada orang biasa, kita kena belajar dan terus belajar. Kita lihat video ini, seorang kanak-kanak luar biasa dari Afrika yang begitu lancar buat ‘Public Speaking’ http://www.youtube.com/watch?v=U-ipJ6gDsy0
Ramai org tak berani bercakap kerana ” stage fraight”, tak ada keyakinan diri, malu dsbgnya…
Tp bg Ktom….paling utama kenapa ktom tak boleh bercakap di depan org ramai ialah apabila kita tidak cukup ilmu pengetahuan ttg apa yg kita nak cakap atau sampaikan…Tp bila kita dah tahu dari A sampai Z apa yg kita nak sampaikan…3 jam tak habis lagi ckp.:)
Saya faham Ktom. Cuma itu kurang tepat. Kita masih TIDAK MAMPU untuk bercakap depan orang bukan kerana kita tidak berilmu. Lihat budak dalam video tu.. dia bukan ‘berilmu’. Dia masih budak, malahan keluarganya bukan Islam. Inilah perkara yang kita nak gali. Inilah RAHSIA yang ada pada diri kita, kalau kita berjaya BUKA hati dan minda kita, kita dapat melakukannya. Kita berusaha, Allah memberi!.. ISLAM tu sebenarnya dah HEBAT, cuma diri kita sendiri yang membelenggunya. Saya tak berniat untuk nak komen Ktom disini. Saya tuliskan perkara ini agar dapat dibaca dan dikaji sama oleh saudar-saudara kita yang lain juga kat luar sana tu.. Sebagai seorang penceramah motivasi dan jurulatih kepimpinan, saya selalu berdepan dengan soalan dan permasalahan ini. Maka inilah tujuan Blog ini disediakan, untuk membantu sesiapa yang berhajat untuk BERUBAH…
Bila kita cakap soal ” Pengucapan Awam ” ramai yang bagi berbagai-bagai alasan kurang yakin, malu, takut dan berdebar-debar dsbnya. Tapi bagi saya…saya telah banyak melalui itu semua…malah saya selalu melatihkan diri dengan berkata pada diri sendiri ” aku boleh, aku hebat, aku pasti boleh, aku berjaya, aku boleh berdiri di depan orang…kerana orang lain telah melih aku untuk bercakap didepan orang lain” hari ini saya tidak pernah menolak untuk berbicara di depan orang lain..saya kena berani,,,berani dan berani…memcuba dan terus belajar. hari ini saya bangga kerana mampu untuk “bercakap” didepan orang lain dari berbagai golongan tua, muda malah di depan profesional. Yang pasti terus belajar, pratik dan berani, yakin dan terus yakin. Pasti “BERJAYA ” untuk berhadapan dengan siapa saja. Cubalah
sumbangan
rkbudi.