SATU HARI BERSAMA HJ. ZAKARIA

Alhamdulillah, syukur pada ilahi dan salam sukses untuk semua rakyat Malaysia.

Pada hari Jumaat lepas bersamaan 7hb. Ogos 09, saya telah menjalankan satu program latihan untuk bakal-bakal leader HPA Terengganu. Program ini dijalankan di Cawangan HPA Kuala Berang. Para peserta yang telah mengikuti program PBC sahaja dibenarkan menyertainya. Ini adalah bagi memudahkan kefahaman mereka sendiri.

Saya amat terharu, kerana ada peserta dari Kemaman, Marang, Setiu dan Kuala Berang sendiri yang telah mengadiri kursus pemantapan satu hari ini. Walaupun dewan Cawangan HPA Kuala Berang tidak penuh pada hari itu, namun saya puas. Saya puas kerana saya telah berjaya untuk berbakti kepada orang Terengganu walaupun dari pelbagai latar belakang. Saya yakin jumlah mereka akan bertambah apabila setiap kali program seperti ini diadakan lagi pada masa-masa depan. Malah ada permintaan untuk diadakan pada setiap bulan.

Kursus ini saya kendalikan secara ‘percuma’. Bayaran RM 20.00 itu untuk makan minum anda sendiri. Selebihnya kita sumbangkan kepada kelab atau AJK Cawangan Kuala Berang. Seperti yang saya sering katakan selalu, bahawa di awal usia emas ini, saya bersedia untuk membantu membentuk, mengubah minda dan membina kejayaan bagi masyarakat Terengganu yang dahagakan perubahan. Saya sedia kongsikan pengalaman saya yang tidak seberapa ini untuk membina kejayaan dalam dunia MLM.

Saya cukup yakin dengan kemampuan kumpulan yang pertama ini. Walaupun jumlah mereka masih tidak besar, namun mampu berkembang melahirkan ramai leader-leader yang berwibawa di bawah jaringan mereka nanti. Saya suka menamakan aktiviti ini sebagai satu projek bersama. Projek untuk mereka yang benar-benar mahu berjaya sebagai leader HPA di Terengganu. Saya namakan projek ini sebagai ‘Projek Terang Ganu’.


2 Responses to “SATU HARI BERSAMA HJ. ZAKARIA”

  1. KATANA says:

    SALAM,
    TAHNIAH, UTK PROJEK “TERANG GANU”
    SAYA X DAPAT NAK JOIN SBB KENA KE MELAKA URUSAN RASMI.
    MGKN DI KESEMPATAN LAIN INSYALLAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

comments-bottom

Featured Photos

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Jan 8th, 2012 | no responses
BERWAJAH BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses

Random Photos

INTUITION Posted by author icon Zakaria Mohamad Jun 5th, 2007 | no responses
ZAMAN DINAR BERMULA Posted by author icon Zakaria Mohamad Dec 14th, 2011 | no responses
POWERLESS PERSON Posted by author icon Zakaria Mohamad May 30th, 2007 | one response

Top Rated

MERAKAM KEHIDUPAN Posted by author icon Zakaria Mohamad
MEDIA BARU Posted by author icon Zakaria Mohamad
WARTAWAN KERJA MULIA Posted by author icon Zakaria Mohamad