Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman blog saya yang tidak seberapa ini. Saya Zakaria Mohamad, ada juga yang mengenali saya dengan nama Hj. Zakaria Kemaman. Dari Negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Sudah sekian lama saya terlibat dalam bidang motivasi dan latihan kepimpinan. Namun, Di akhir-akhir ini saya lebih menumpukan ceramah, latihan dan seminar dalam bidang “DINAR EMAS” pula. Pada masa senggang, saya memilih untuk menjadi seorang penulis bebas. Saya mengendalikan blog ini bersama satu lagi blog sebagai sebuah ‘akhbar kecil’ Al Farhan Media (www.alfarhanmedia.com)
Dalam keadaan politik dan ekonomi dunia semakin tidak menentu, saya rasa terpanggil dengan rasa tanggungjawab yang besar di bahu saya untuk bersama memperjuangan kepincangan masyarakat kesatu arah yang lebih cemerlang dan gemilang. Saya mahu memperjuangan penggunaan “DINAR EMAS” dalam masyarakat global, disamping menulis dan memaparkan berita-berita masyarakat Malaysia untuk dikongsi dengan masyarakat maya global. Semoga di baki-baki usia ini, saya dapat memperjuangkan sesuatu yang selari dengan keperluan massa, nilai dan tuntutan agama. Saya tidak mampu untuk diam, berehat dan berpeluk tubuh. Selagi nafaskan dan jasad ku masih kuat, insya Allah saya akan menggunakan tenaga ini untuk kebaikan bersama. Insya Allah.
Hj. Zakaria Kemaman,
Terengganu,
Malaysia.